pled
pled

Projek Megachili 2021- Wujudkan kebun dalam kampus di UPM

webadminwebadmin
18 Oct 2021 01:20pm

SERDANG - Satu lagi projek pertanian membabitkan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang giat dijalankan iaitu Projek MegaChili 2021.

Projek berimpak tinggi ini dijalankan susulan kejayaan Projek Mega Usahawan Tani bersama Alumni (AIMAC) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).

Projek hasil kerjasama antara Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM), Kolej-Kolej Kediaman, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Alumni, Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Selangor itu menggunakan peruntukan kewangan Tabung Sumbangan Alumni UPM (62363) berjumlah RM45,000

Projek MegaChili akan menjadi salah satu projek yang memenuhi aspirasi teras Pelan Strategik H.E.P.A 2021 iaitu Kelestarian Pertanian.

Jumlah geran yang diberi, digunakan untuk menjayakan Projek MegaChili 2021.

Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab yang berperanan dalam menggerakkan aktiviti perhubungan alumni, Pusat Perhubungan Alumni sentiasa seiring dengan hasrat universiti untuk memperkasakan hubungan dan jaringan alumni dengan melaksanakan pelbagai program untuk merapatkan hubungan para alumni dan alma mater.

Projek yang dijalankan secara fertigasi ini mula dijalankan pada Mac lalu hingga Oktober 2022 dan melibatkan 10 Kolej Kediaman termasuk Kolej Kediaman Sri Rajang, Bintulu, Sarawak, akan diberikan peruntukan geran sebanyak RM5,000 sebagai modal permulaan untuk menjalankan penanaman.

Program ini dilihat dapat memperhebatkan lagi usaha mempromosikan institusi ini baik dari segi aspek akademik dan juga bukan akademik, seiring dengan sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).

Baca juga Pensyarah Kanan UiTM gesa ibu bapa pantau aktiviti dalam talian anak-anak, cegah sebelum parah

Baca juga Tip mudah hafal sifir. Jom ikut cara cikgu Matematik ini buat

Projek MegaChili 2021 ini juga dilihat satu penanaman yang berbaloi apabila merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2020, Kadar Sara Diri (SSR) cili hanya berada pada paras 30.1 peratus sahaja.

Angka yang kecil ini menunjukkan permintaan dan pengeluar cili dalam negara adalah tidak seimbang. Permintaan yang tinggi namun pengeluarannya masih pada kadar yang rendah.

Penglibatan Alumni

Projek ini melibatkan alumni dari Selangor hinggalah ke Johor menerusi lima siri bengkel, manakala tiga siri sembang santai bersama pelajar bacelor UPM yang mahir dan mempunyai pengalaman dalam sistem fertigasi turut diadakan.

Perkongsian ilmu daripada alumni dan juga pelajar kepada pelajar ini secara langsung telah menyahut seruan al-falah dan juga lima strategi kecemerlangan UPM yang dilaungkan oleh Naib Canselornya, Prof Dr Roslan Sulaiman, antaranya memacu pertanian berteknologi tinggi dan juga membangunkan karekter graduan UPM.

Menerusi siri bengkel yang telah selesai dijalankan, alumni-alumni yang kini berkhidmat bersama Jabatan Pertanian Selangor dan Johor dijemput menjadi panel.

Input-input dan program yang dapat membantu usahawan tani berjaya dikongsi dan ini mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.

Hasil daripada usaha semua pihak, projek ini juga telah berjaya mendapat pembiayaan daripada Jabatan Pertanian Negeri Selangor sebanyak RM20,000. Ini merupakan satu suntikan semangat untuk para peserta melakukan yang terbaik.

Sementara itu, Pengarah ARCUPM, Prof Madya Dr Arba’ie Sujud berkata, Projek MegaChili 2021 mencerminkan segala bentuk usaha dilakukan demi menjana keilmuan yang tinggi kepada pelajar dan bakal graduan.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Meskipun dihimpit dengan wabak pandemik Covid-19, ia tidak mematahkan semangat pelajar. Dengan perkongsian ilmu daripada alumni dalam usaha seganding bersama mencitra alumni, Projek MegaChili 2021 telah berjaya menarik alumni berbakti kepada alma mater dalam perkongsian ilmu kepada para peserta dan pelajar UPM.

“Keutamaan penglibatan projek ini adalah kepada pelajar tahun akhir atau pelajar bacelor lain yang berminat menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya pilihan. Menerusi Projek MegaChili 2021 ini, hasrat universiti bukan lagi hanya mahu melahirkan graduan yang mengusahakan tapak pertanian dengan gaya biasa tetapi ia adalah tapak asas untuk melahirkan graduan melihat bidang pertanian sebagai satu cabang kerjaya yang mencabar dan sekaligus menjadikan mereka usahawan tani yang berjaya,” katanya.

Penulis: Suziana Che Wil

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp