Sebelum bersekolah majlis amanah rakyat 4 April depan, pelajar MRSM fahami dulu garis panduan lapor diri Maktab rendah sains mara
Sebelum bersekolah majlis amanah rakyat 4 April depan, pelajar MRSM fahami dulu garis panduan lapor diri Maktab rendah sains mara

Sebelum bersekolah 4 April depan, pelajar MRSM fahami dulu garis panduan lapor diri

Rasyidah Zulkifi
01 Apr 2022 06:45am
A
A
A

Bermula 4 April depan, semua pelajar sekolah menengah yang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan melapor diri.

Difahamkan, dua minggu kebelakangan ini mereka menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Baca juga

“MRSM tak dapat, SBP tak dapat, nak jadi apa?”, murid kecewa dibandingkan pencapaian dengan individu lain

Penggunaan telefon bimbit di MRSM, ada syarat yang perlu dipatuhi

Jadi, sebelum memulakan sesi persekolahan secara bersemuka, terdapat beberapa garis panduan yang pelajar MRSM wajib patuhi.

Arahan ini tertakluk kepada semua pelajar Tingkatan Dua, Tiga, Empat dan Lima bagi sesi akademik 2022/2023.

Jalani ujian kendiri Covid-19

Pelajar MRSM perlu mengambil ujian kendiri (saliva test) dalam tempoh 12 jam sebelum melapor diri.

Saringan Covid-19 tidak dibekalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), jadi ibu bapa perlu menyediakan sekurang-kurangnya empat unit kit ujian.

Ujian pertama dilakukan dalam tempoh 12 jam sebelum lapor diri dan dikongsikan keputusannya kepada penasihat ‘Homeroom’, kedua pada hari ketiga dan saringan ketiga pada hari kelima.

Ibu bapa wajib mendaftar anak atau jagaan dalam aplikasi MySejahtera sama ada secara individu atau tanggungan.

Keputusan ujian kendiri Covid-19 wajib dilaporkan dalam MySejahtera dan hanya keputusan negatif sahaja dibenarkan lapor diri.

Pengangkutan pelajar ke MRSM

Pelajar MRSM hendaklah dihantar dengan kenderaan sendiri oleh penjaga atau menaiki kenderaan awam mengikut masa yang ditetapkan.

Apabila sampai ke pagar maktab, isi borang deklarasi Covid-19 secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form.

Kemudian tunjukkan keputusan ujian kendiri kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pos dan imbas kad Ansara.

Waris perlu menghantar penuntut secara ‘drop off’ di parkir asrama di mana waris tidak dibenarkan turun.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Hanya pelajar dibolehkan menguruskan barangan dalam tempoh masa 10 minit untuk masuk ke asrama.

Kesimpulannya, garis panduan ini bertujuan untuk menjaga keselamatan penuntut MRSM agar tidak dijangkiti dengan wabak Covid-19.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok