HomeGen ZSeru MSUrian sertai kokurikulum, pelajar contoh terima Anugerah Pingat Emas Canselor MSU

Artikel Berkaitan

Seru MSUrian sertai kokurikulum, pelajar contoh terima Anugerah Pingat Emas Canselor MSU

Perjalanan pendidikan penerima Anugerah Pingat Emas Canselor MSU, graduan Bachelor in International Business (Hons), Mohd Sufyan Shamsir di Management & Science University (MSU) bermula apabila dia mengikuti program pra-universiti Foundation in Business pada 2017 yang memberi kesan kepada kehidupannya.

Meskipun pernah melalui masa sukar sepanjang tempoh pengajian terutamanya pada tahun akhir kerana kekangan masa, namun dia berjaya mengharunginya dengan sokongan ibu, Moriati Mohamed, pensyarah dan rakan-rakan.

Baginya, setiap proses pembelajaran pasti akan hadir sesuatu perkara yang menyeronokkan dan dia sentiasa merebut setiap peluang yang disediakan universiti terutama membabitkan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

Menurutnya, MSU sentiasa menyediakan paltform kepada pelajarnya untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berkaitan akademik atau kokurikulum di dalam dan luar kampus, tetapi tidak semua mahasiswa memilih untuk merebut peluang berkenaan.

“Saya seorang yang gemar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan tidak dinafikan akan timbul rasa penat atau tertekan. Namun, semuanya bergantung kepada niat dan di penghujung harinya, jika niat kita betul, semua yang dilakukan itu pasti berbaloi,” ujarnya yang menerima anugerah tersebut pada Majlis Konvokesyen ke-28 baru-baru ini.

Sufyan yang juga President Student Representative Council (SRC) MSU bagi sesi 2020/2021 merupakan penerima Anugerah Senarai Presiden dan Anugerah Senarai Dekan serta pencapaian gred A untuk setiap subjek Personal Enrichment Course (PEC) yang diambil sepanjang pengajiannya di MSU.

Pelajar contoh yang disegani ini turut menitip pesanan agar rakan-rakan MSUrian turut terlibat dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan kesukarelawan kerana ia memberi manfaat b•esar dari sudut kualiti pendidikan dan peribadi.

Artikel Terkini