SMK Suai jemput tiga agensi untuk sesi perkongsian
SMK Suai jemput tiga agensi untuk sesi perkongsian

SMK Suai jemput tiga agensi untuk sesi perkongsian

Azliyana Sulaiman
31 Dec 2020 01:28am
A
A
A

TIGA agensi telah dijemput untuk sesi perkongsian bersama pelajar Tingkatan Enam, Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai bagi Program Peningkatan Akademik Tingkatan Enam: “Scholarship Engagement” Tahun 2020, 6 Mac lalu.

Setiausaha Program Peningkatan Akademik Tingkatan Enam, Cikgu Mc Lly Adrian Simon berkata, agensi-agensi berkenaan adalah Yayasan Sarawak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Cawangan Miri (PTPTN) dan Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB).

“Setiap agensi yang dijemput telah berkongsi tawaran biasiswa, pembiayaan dan bantuan awal atau galakan bagi pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dan mendapat tawaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) selepas STPM,” kata Cikgu Adrian.

Program Peningkatan Akademik Tingkatan Enam: “Scholarship Engagement” Tahun 2020 yang diadakan di Bilik Gerakan Tingkatan Enam disertai seramai 64 pelajar Tingkatan Enam Semester 2 2020 dan STPM 2019.

Dirasmikan oleh Pengetua, Omar Sharif Buseri, program bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar Tingkatan Enam mengenai tawaran-tawaran biasiswa, pembiayaan atau bantuan awal bagi melanjutkan pelajaran ijazah sarjana muda pertama di dalam dan luar negara. 

Juga, menyuntik semangat supaya lebih berdaya saing dan melahirkan modal insan yang holistic di samping menjalinkan hubungan kerjasama berterusan antara sekolah dan agensi awam dan swasta dalam membudayakan pengkongsian ilmu dan tanggungjawab korporat sosial.

Sementara itu, tiga pelajar terbaik STPM 2019 Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai juga dijemput untuk sesi perkongsian pengalaman bersama peserta. 

Pelajar berkenaan ialah Ahmad Sharizan Osman, Jong Soon Ting dan Mohd Suhardi Mustapha.

“Mereka dipilih berdasarkan keputusan cemerlang STPM 2019 dengan memperoleh CGPA 3.0 ke atas. 

“Ahmad Sharizan memperoleh CGPA 3.67, Soon Ting CPGA 3.58 dan Mohd Suhardi CGPA 3.34,” kata Cikgu Adrian selaku Guru Subjek Pengajian Am. 

Cikgu Adrian berkata, sesi perkongsian dinamakan Golden Sharing itu turut menyelitkan perkongsian kemahiran belajar dan menangani tekanan belajar sepanjang berada di Tingkatan Enam yang kini mempunyai tiga semester. 

Dalam pada itu, Cikgu Omar Sharif berkata, program dapat mencetuskan semangat pelajar untuk belajar dengan lebih gigih. 

“Dengan maklumat yang diberikan oleh agensi yang hadir dan juga perkongsian daripada pelajar cemerlang, saya yakin, pelajar-pelajar ini akan berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang kelak. Percayalah,” katanya.

Taklimat Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) disampaikan Asst Head Support & Services, Joseph Ling Tiong Ing.

Cikgu Omar Sharif (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Joseph Ling Tiong Ing. Turut serta, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Wong Ling Ing (kiri).

Dari kiri: Soon Ting, Ahmad, Cikgu Azlan Mohd Fauzi dan Mohd Suhardi sebelum Peningkatan Akademik Tingkatan Enam: “Scholarship Engagement” Tahun 2020 bermula. 

Artikel menarik:

Garis panduan pembukaan semula sekolah diedarkan mulai hari ini

Kajian NUTP libatkan 140 pakar pelbagai bidang pendidikan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok