Untitled design (46)
Untitled design (46)

SMK Taman Ria Jaya Kedah juara pertandingan melukis mural

Azleenda Sahaludin
02 Dec 2022 09:30am
A
A
A

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria Jaya, Kedah, berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan melukis mural yang bertemakan ‘Minda Sihat Cergas Fizikal’ Serlahkan Keceriaan Bersama Gardenia QuickBites.

SMK Taman Ria Jaya Kedah juara pertandingan melukis mural.

Berjaya mengalahkan 100 penyertaan dari sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia, pertandingan tersebut melibatkan empat zon utama iaitu zon pusat, utara, selatan dan pantai timur.

Pertandingan anjuran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) ini bertujuan memupuk kreativiti melalui penghasilan mural dalam kalangan pelajar.

Wakil pelajar SMK Taman Ria Jaya, Aiqbal Naqiu berkata, mural tersebut dihasilkan dengan kerjasama antara dia dan 10 rakan lain dan turut dibantu guru subjek Seni Visual.

“Masa untuk menyiapkan keseluruhan mural mengambil masa sebulan dengan berkonsepkan seperti di Penang Street Art.

“Kami juga tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini dan berasa teruja dapat mengharumkan nama sekolah,” katanya kepada Sinar Bestari, baru-baru ini.

Dalam pada itu, majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan (KPM), Cyril Christopher Singham.

Menurut Cyril, program berunsurkan pertandingan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kreativiti dalam kalangan pelajar malah memberi peluang kepada mereka untuk menikmati keseronokan di luar kelas.

“Sekali sekala pelajar juga perlu diberi kelonggaran dengan ilmu tambahan di luar kelas yang lebih santai agar dapat membentuk idea kreatif serta berfikir di luar kotak,” ujarnya.

Majlis tersebut yang turut dihadiri Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Lavinia Anthony jelas menekankan kepentingan kesihatan mental dalam kehidupan pelajar.

Jelas Lavinia, pertandingan ini dilihat sebagai satu usaha untuk membantu pelajar dalam menyesuaikan diri di fasa pengaliran ke arah norma baharu dalam ekosistem sekolah.

“Usaha ini sebenarnya tidak hanya kepada pelajar sahaja, ia turut ditujukan kepada golongan pendidik, guru serta kakitangan sekolah untuk menyerlahkan keceriaan dalam diri masing-masing.

“Kami juga berhasrat untuk memupuk semangat kerja berpasukan antara pelajar dan guru dalam sesi percambahan idea sambil mengasah kreativiti sepanjang perlaksanaan mural,” ujarnya.

Tempoh empat bulan telah diberikan kepada sekolah yang terlibat bermula Jun hingga Oktober lalu untuk siapkan lukisan mural dan dihantar kepada Gardenia QuickBites untuk penilaian.

SMK Putrajaya Presint 9 (2) di tempat kedua

SMK Taman Ria Jaya membawa pulang wang tunai RM2,000 serta sijil penghargaan diikuti SMK Putrajaya Presint 9 (2) di tempat kedua dengan hadian wang tunai RM1,500 dan sijil penghargaan,

SMK Tan Sri Jaafar Albar, Johor di tempat ketiga.

Manakala, tempat ketiga disandang oleh SMK Tan Sri Jaafar Albar, Johor, dan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta sijil penghargaan.

Artikel berkaitan

Mile kongsi 8 tip untuk menjadi pelukis grafiti dan mural berjaya

Cikgu Azmi tidak betah duduk diam, sanggup lukis mural di dinding STEMZA hingga cecah puluhan karya

Kempen hijau SMK Darul Ehsan, kumpul 10,000 botol plastik untuk hasilkan mural


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok