SMKA (P) Alawiyah tinggalkan 2017 dengan pencapaian paling prestij.. ini yang mereka buat
SMKA (P) Alawiyah tinggalkan 2017 dengan pencapaian paling prestij.. ini yang mereka buat

SMKA (P) Alawiyah tinggalkan 2017 dengan pencapaian paling prestij.. ini yang mereka buat

webadmin
31 Dec 2020 01:22am
A
A
A

KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) (P) Alawiyah meninggalkan tahun 2017 dengan penuh bangga apabila dinobatkan naib johan peringkat kebangsaan dalam anugerah paling berprestij anjuran Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam keputusan pertandingan yang diumumkan pada 21 November lalu SMKA (P) Alawiyah mendapat Naib Johan Anugerah Pembestarian Sekolah (APS) 2017 Peringkat Kebangsaan.

Penyelaras ICT SMK Agama (P) Alawiyah, Rozita Othman berkata, pihak sekolah memenangi  tempat kedua dalam Kategori Sekolah Bestari Cemerlang dengan membawa pulang RM5,000 dan trofi.

“Kejayaan memenangi anugerah yang berprestij ini merupakan kali pertama bagi sekolah ini.

 

“Berkat kerjasama warga sekolah dan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kami akhirnya berjaya” katanya.

Beliau berkata, APS 2017 memberi peluang kepada sekolah, guru dan pelajar untuk mendapat pengiktirafan atas kecemerlangan dalam pelaksanaan aktiviti pembestarian sekolah selari dengan Anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

“PPPM mempunyai 11 anjakan dan anjakan tujuh adalah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran,” katanya.

Rozita berkata, syarat untuk memenangi anugerah ini adalah mendapat lima bintang Smart School Qualification Standard (SSQS), mencapai KPI Vitual Learning Environment (VLE).

Sijil dan trofi yang dimenangi setelah berjaya dinobat Naib Johan APS 2017 Peringkat Kebangsaan.

 

Sekolah yang menang Anugerah Pembestarian Sekolah (APS) 2017 Peringkat Kebangsaan juga hendaklah bukan dalam kalangan sekolah yang mendapat tempat pertama hingga ketiga dalam Anugerah SSQS 2015 dan 2016.

“Lima bintang SSQS adalah sistem penarafan bintang yang dicapai sekolah di seluruh negara..

“Mencapai KPI VLE dimana berapa banyak kali murid daftar masuk dan aktif menggunakan aplikasi ini,” katanya.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok