Tahun 2020 bawa tuah, 22 inovasi FSKM, UiTM terima perlindungan hak cipta
Tahun 2020 bawa tuah, 22 inovasi FSKM, UiTM terima perlindungan hak cipta

Tahun 2020 bawa tuah, 22 inovasi FSKM, UiTM terima perlindungan hak cipta

webadmin
09 Feb 2021 01:39pm
A
A
A

Tahun 2020 bawa tuah, 22 inovasi FSKM, UiTM terima perlindungan hak cipta

Tahun 2020 menyaksikan Fakulti Sains Komputer Dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghasilkan pelbagai inovasi yang kreatif.

Pembudayaan inovasi FSKM dipertingkatkan apabila sejumlah 22 produk fakulti itu telah berjaya menerima perlindungan hak cipta.

Produk-produk ini dihasilkan dengan memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals).

Produk-produk FSKM yang dihasilkan menggunakan teknologi terkini seperti analitik data raya.

Mari kita tengok, inovasi-inovasi yang telah dihasilkan itu.

- Produk Covid-19 Database for Malaysia Covid-19 Updates Dashboard (diketuai oleh Profesor Dr Yap Bee Wah)  memaparkan kes Covid-19 yang aktif mengikut daerah dan negeri yang boleh membantu pembuat keputusan organisasi masyarakat membuat keputusan yang lebih tepat.

- Caprice Used Car Price Prediction  Apps Using Data Analytics (diketuai Ezzatul Akmal Kamaru-zaman) menyediakan visualisasi maklumat perbandingan kereta untuk rujukan sepusat pemasar dan pembeli kereta.

- Data Visualization for Multimedia Super Corridor Malaysia using Dot Distribution Maps (diketuai Dr Mohd Suffian Sulaiman) pula memaparkan lokasi syarikat-syarikat Multimedia Super Corridor (MSC) di Lembah Klang dengan cara yang lebih mudah difahami.

- A Web-based Temperature and Humidity Tracking for Fermentation Process of Tempe using Wireless Sensor Network (diketuai Dr Kamarudddin Mamat)

- Climate Control System for Oyster Mushroom Cultivation in Malaysia using IOT Technology (Muhammad Azizi Mohd Ariffin) menggunakan teknologi objek rangkaian internet (IOT) dan rangkaian tanpa wayar untuk menambahbaik teknik-teknik pertanian.

- Acoustic Surveillance Intrusion Detection System (ASIDs) for Wildlife Reservation (Prof Madya Ts Dr Marina Yusoff) pula membolehkan penceroboh kawasan perlindungan hidupan liar dikesan berasaskan sistem pengesanan bunyi.

- Pricecop (Dr Sofianita Mutalib) yang membantu pelanggan mencari, memantau dan meramal harga produk-produk kegemaran mereka di Amazon.com.

- My Knee: Screen your ACL Injury Risk (Dr Azliza Mohd Ali) pula menggunakan convolutional neural network bertujuan mengenalpasti kecederaan ligamen kestabilan sendi lutut  (Anterior Cruciate Ligament).

- Dr Sumarni Abu Bakar bersama ahli kumpulan beliau membangunkan Interactive Control Output Chemical Species Estimator for Combustion Process (ICOS) dan Interactive Control Output Chemical Species Estimator (iCOSYS) of a Clinical Waste Incineration Process dengan mengaplikasikan konsep Fuzzy Autocatalytic Set bagi meramalkan spesis kimia yang terhasil di dalam sebarang proses yang melibatkan pembakaran termasuklah pembakaran bahan buangan klinikal.

- Dr Norazliani Md Lazam menggunakan konsep Sains Aktuari dalam produk Civil Servant Mortality Calculator (CSMC) bagi membuat anggaran pengiraan jangka hayat penjawat awam supaya pembahagian manfaat sosial berdasarkan pendapatan dapat dirangka dengan baik oleh kerajaan dan  syarikat insuran kesihatan.

- O-I-See Tool: Project Ideation Canvas dibangunkan dan digunakan Dr Afdallyna Fathiyah Harun untuk membantu pelajar memperhalusi idea dalam pembangunan projek tahun akhir.

- Augmented Massive Open Online Course (A-MOOC) (diketuai Erny Arniza Ahmad) menggunakan realiti terimbuh (augmented reality) untuk meningkat keterlibatan pembelajaran pelajar.

- Aplikasi KitaFSKM( diketuai Dr Ts Maslina Abd Aziz) membantu pelajar, pensyarah dan kakitangan pentadbiran FSKM mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat sebagai respon kepada pandemik Covid-19 supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.

- Mobile Application for Malay Hadith Search Engine oleh Prof. Madya Ts Dr Nurazzah Abd Rahman membantu pencarian hadis Al-Quran dalam bahasa Melayu.

- E-Mutawwif: Mobile Application for Mutawwif to Track Location and Attentive Pilgrims ( diketuai Prof Madya Ts Dr Nasiroh Omar) boleh digunakan  untuk para jemaah haji  untuk menghubungi mutawwif apabila memerlukan bantuan. Mutawwif boleh menjejak lokasi jemaah tersebut dan boleh menghulurkan bantuan segera melalui navigasi lokasi jemaah tersebut  tanpa perlu membuat panggilan telefon.

- Kumpulan penyelidik yang diketuai Prof Madya Dr Wan Rahim Mohd Isa membangunkan dua aplikasi mudah alih  untuk membantu kanak-kanak mempelajari penjagaan gigi mengikuti budaya Melayu dan juga Islam iaitu Mobile Game Based Learning Application for Preschool Children on Oral Health Education using Malay Culture Elements (KENALI GIGI) dan Mobile-Game Based Learning Application For  Kindergarten’s Children On Oral Health Education Using Islamic Culture (Doktor Gigi).

- Dr Afdallyna Fathiyah Harun membangunkan Aplikasi Mudah Alih yang dinamakan Learning Figurine 1.5 Multilingual Tangible User Interface to Learn Simple Greetings untuk membantu kanak-kanak mempelajari ucapan ringkas dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

- Beliau juga membangunkan Cendekia Warisan: Interactive Playmat to Explore Islamic Heritage untuk kanak-kanak mengenali warisan Islam melalui konsep permainan Ular dan Tangga dan paparan kuiz soalan Islamik di aplikasi mudah alih tersebut.

Budaya inovasi di FSKM akan diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi dari semasa ke semasa.

Inovasi FSKM sejajar dengan cetusan Revolusi Industri keempat (IR 4.0) yang menggunakan teknologi pengkomputeran dan Sains Matematik yang baharu sebagai bukti kebolehan pensyarah dan pelajar FSKM yang kreatif, berdaya saing, tersedia masa hadapan serta kekal menyumbang manfaat kepada komuniti dan alam sekitar.

Sumber: Portal Universiti Teknologi Mara

Artikel menarik

Kerana 7 peralatan ini, kelas online Cikgu Mohamad Hakim dapat perhatian ramai. Teruja tengok!

Perkongsian link video daripada guru lain, Cikgu Mohamad Safuan luah apa yang terbuku di hati

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok