WhatsApp Image 2022-05-10 at 11.48.30 AM
WhatsApp Image 2022-05-10 at 11.48.30 AM

Tanam 100 juta pokok, dana penghijauan Malaysia dapat perhatian antarabangsa

Adlan Farhan Azwan
11 May 2022 02:40pm
A
A
A

Inisiatif penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun yang bermula pada 2021 di bawah seliaan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mendapat perhatian sidang perwakilan di Persidangan Belia Sedunia.

Menurut aktivis Belia Prihatin, Luqman Hakim Md Zim, dalam memastikan usaha sesebuah negara menuju sifar karbon ini berjaya, pastinya usaha bersepadu atau pendekatan daripada semua pihak perlu diambil.

“Ini termasuk menjadikan anak muda dan pertubuhan-pertubuhan belia sebagai pemegang taruh utama bagi mencapai sasaran ini.

“Kerajaan Malaysia juga wajar diberi pujian atas inisiatif dan geran-geran pelaksanaan sokongan program hijau buat anak muda seperti Program Dana Penghijauan Malaysia dibawah kelolaan agensi KeTSA, Yayasan Hijau.

Baca juga

Kampus satelit bantu belia dalami kemahiran kraf

Penglibatan belia penting untuk ‘remajakan’ sektor pertanian

“Sebagai salah satu badan yang menerima geran dana hijau, kolektif anak muda seperti Belia Prihatin juga diberi kebebasan untuk mengolah kempen kesedaran perubahan iklim mengikut kreativiti sendiri, selain turut mendapat dorongan tenaga pakar daripada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan badan pemikir antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Akid Anuar yang merupakan seorang lagi wakil delegasi Malaysia ke persidangan tersebut dalam perkembangan sama menyatakan kepentingan libat-urus belia dalam usaha promosi dan kempen kesedaran pemanasan global.

“Di Malaysia, para belia memainkan peranan yang sangat penting dalam mempromosi agenda hijau dan perubahan iklim termasuk dalam memastikan kekayaan sumber asli dijaga, diurus secara mapan dan bertanggungjawab untuk generasi akan datang.

“Saya juga sarankan agar pimpinan belia jangan dengan sengaja merumitkan perbahasan mengenai isu alam sekitar terutamanya dalam siri-siri kempen kesedaran sehingga masyarakat umum menyangka bahawa isu perubahan iklim dan pemanasan global adalah subjek yang terlalu teknikal dan untuk memahaminya memerlukan ilmu serta kepakaran khusus,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Resolusi akhir Persidangan Belia Dunia ini akan dijadikan input penting dalam merangka Piagam Belia Dunia, sebelum dibentangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Luqman Hakim dan Akid Anuar kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke Persidangan Belia Sedunia anjuran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kofi Anan Foundation yang berlangsung bermula 20 April 2022 di Palais Des Nation, Pejabat PBB di Geneva, Switzerland.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok