Tarik minat murid dengan aplikasi Geoboard, cg KAI kongsi idea yang ramai tidak tahu
Tarik minat murid dengan aplikasi Geoboard, cg KAI kongsi idea yang ramai tidak tahu

Tarik minat murid dengan aplikasi Geoboard, cg KAI kongsi idea yang ramai tidak tahu

Roshlawaty Md Raieh
27 Jan 2021 04:15am
A
A
A

Tarik minat murid dengan aplikasi Geoboard, cg KAI kongsi idea yang ramai tidak tahu

Terdapat pelbagai teknik yang boleh guru-guru guna dalam menarik minat murid meminati subjek Matematik.

Antara yang boleh diketengahkan adalah dengan penggunaan aplikasi Geoboard.

Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Kerupang, WP Labuan, Cikgu Khairul Azlan Inshah berkata, ekplorasi Geoboard dapat menjana pemikiran murid menjadi lebih kreatif dan menyukai mata pelajaran Matematik.

 “Geoboard adalah papan yang yang mempunyai paku yang disusun dengan teratur. Terdapat pelbagai jenis susunan yang biasa dilihat antaranya adalah susunan segi empat sama dan segi tiga. "Pengunaan getah amat sinonim digunakan bersama dengan bahan bantu mengajar Geoboard,” katanya yang lebih dikenali sebagai cg KAI.

Jika dahulu, menurut cg KAI, Geoboard dibina pada papan nipis, kini papan Geoboard boleh didapati dalam bentuk digital.

“Perkembangan ini adalah sangat menarik untuk dimanfaatkan bersama. Murid boleh mencuba untuk meneroka Geoboard ini dimana sahaja mereka berada, sama ada di rumah atau di sekolah.

“Pengunaan Geoboard ini dapat mengalakkan murid untuk meneroka dengan lebih mendalam.

“Sebagai contoh, murid Tahun 1 dapat membina bentuk 2 dimensi seperti segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga dan hasil daripada penerokaan ini semestinya dapat menarik murid untuk belajar dan suka pada subjek Matematik,” ujarnya kepada GPS Bestari.

Melalui perkongsian ini, cg KAI berkongsi beberapa idea penggunaan Geoboard secara digital.  

1) Ekplorasi 2D

Membina bentuk asas 2D seperti segi empat, segi tiga dan bentuk-bentuk lain.

2) Ekplorasi 3D

Menggambar bentuk 3D seperti kubus, kuboid dan piramid.

3) Perimeter segi empat

Memahami perimeter segi empat dengan lebih jelas dengan menghitung panjang sisi.

4) Luas segi empat

Memahami luas segi empat dengan menghitung bilangan segi empat kecil di dalam bentuk segi empat besar.

5) Luas segi tiga

Memahami luas segi tiga adalah setengah luas segi empat.

6) Membentuk nombor digital

Mengekplorasi dan membina nombor digital.

7) Pecahan

Belajar melukis pecahan seperti suku dan setengah serta lain-lain lagi.

8) Koordinat

Belajar membaca koordinat asas.

9) Nisbah

Mempelajari nisbah dengan lebih jelas.

10) Ekplorasi Tangram

Ekplorasi tangram dengan mencari luas setiap bentuk.

11) Membentuk huruf digital

Mengekplorasi dan membina huruf digital.

12) Melukis gambar

Melukis bentuk-bentuk dengan lebih kreatif.

13) Melukis corak

Membina corak dengan lebih kreatif.

14) Membina graf garis dan carta palang

Melukis graf garis mudah dan carta palang.

Selain daripada idea yang dikongsikan ini, Geoboard digital ini juga boleh digunakan untuk pengajaran putaran dan operasi tambah dan penolakan pecahan.

Pembelajaran secara ‘hand on’ ini mampu mencipta struktur pemikiran yang lebih kreatif.

“Akhir kata, cikgu mengharapkan perkongsian idea ini dapat memberikan manfaat  kepada semua guru dan ibu bapa dalam menarik minat murid serta anak-anak dalam mempelajari Matematik,” ujarnya.  

[MUAT TURUN] Idea Pengunaan Geoboard

https://drive.google.com/file/d/1FKNJ-7WKqXgN-ygCFlFL5LUM75cVvsU-/view?usp=sharing

Geoboard digital boleh diperolehi dengan melayari sesawang https://www.mathlearningcenter.org/apps/geoboard

Artikel menarik

Guru, ibu bapa, pelajar hadapi tekanan, pensyarah kongsi jalan penyelesaian

Coretan kapur Cikgu Aiman buat ramai murid sebak, tak sangka ini yang beliau karangkan

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok