Tip memilih papan selaju/skateboard yang bersesuaian
Bila sebut sahaja mengenai papan selaju atau skateboard, semua peringkat umur masyarakat pasti mengenali sukan ini.
Bukan sekadar sukan jalanan sebaliknya kini ia menjadi aktiviti yang paling digemari golongan muda kerana mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Untuk berjaya dalam sukan papan selaju ini, banyak perkara yang perlu dinilai oleh seorang pemain.
Selain perlu ada minat dan bersedia mengharungi cabaran, pemain juga perlu bijak memilih papan selaju yang betul bagi memastikan perjalanan dalam sukan ini lancar.
Minggu ini, Sinar Bestari senaraikan tip untuk memilih papan selaju yang bersesuaian buat diri masing-masing.
Jom kita tengok.
1. Saiz papan selaju
Pakar mengesyorkan untuk berdiri di atas papan dan rasa jika anda sesuai dengan panjang dan lebarnya. Lazimnya papan 8 inci, saiz yang sesuai untuk kebanyakan pemain papan selaju.
2. Pilih truck yang tepat
Ketika memilih papan selaju, anda harus memerhatikan truck yang bersesuaian. Sama seperti papan, truck pada papan selaju juga ada beberapa ukuran. Ukuran ini sendiri disesuaikan dengan saiz papan yang dipilih. Ukuran truck memang harus tepat misalnya jika terlalu panjang maka papan selaju akan sukar digunakan begitulah sebaliknya.
Ada tiga ukuran iaitu low untuk roda kecil, high (roda besar) dan middle (pelbagai saiz roda).
Dengan menggunakan truck yang tepat akan membuat papan selaju mudah untuk digunakan.
3. Cara memilih papan selaju yang betul
Bentuk dek papan selaju yang tepat bergantung pada ukuran dan gaya papan luncur yang diingini.
Dek terdapat dalam pelbagai saiz lebar dan anda harus memilih papan selaju berdasarkan lebar dan bukan panjang.
Jom ikuti garis panduan umum ini:
- Dek mikro: Mempunyai lebar 6 1/2 hingga 6 3/4 dan inci. Sekiranya anda berada di bawah 3 kaki 5 inci dan memakai kasut bersaiz 3 atau lebih kecil, dek mikro adalah pilihan yang baik untuk anda.
- Dek mini: Ini adalah ukuran seterusnya daripada geladak mikro, dengan lebar sekitar 7 inci. Papan ini sangat sesuai untuk pemain yang berukuran antara 3 kaki 5 inci hingga 4 kaki 4 inci dan memakai kasut berukuran antara 4 hingga 6.
- Dek bersaiz sederhana : Dek ini paling sesuai untuk pemain papan selaju yang berukuran antara 4 kaki 5 inci hingga 5 kaki 2 inci, dan memakai kasut bersaiz antara 7 hingga 8.
- Dek bersaiz penuh : Dek ini adalah standard untuk kebanyakan orang dewasa, dengan lebar 7 1/2 inci atau lebih besar. Ini paling sesuai untuk pemain papan selaju yang berukuran 5 kaki, 3 inci atau lebih tinggi, dan memakai kasut bersaiz 9 atau lebih besar.
4. Wheels
Wheels atau roda pada papan selaju memang berbeza antara satu sama lain. Tip memilih roda ini sebaiknya yang sesuai dengan gaya anda. Ini kerana ukuran dan tingkat kekerasannya berlainan.
Untuk roda besar dan juga keras akan membuat papan meluncur dengan lebih cepat.
Jadi anda dinasihatkan untuk membuat rujukan dengan mereka yang pakar dalam sukan ini sebelum mendapatkan roda bagi papan selaju.
Sementara itu, salah seorang legenda dalam sukan papan luncur ini, Muhammad Faisal Taib atau Apai Cheras turut berkongsi tip asas belajar skateboarding iaitu:
- Kena ada minat
- Bersedia untuk jatuh kerana skateboard adalah salah satu sukan ekstrem.
- Mempunyai papan selaju sendiri dan juga peralatan keselamatan seperti topi keledar, sepasang pad siku, pad lutut dan sarung tangan.
- Bijak bahagikan masa antara latihan dan pelajaran (bagi generasi muda yang masih bersekolah).
- Minta izin ibu bapa sebelum menceburi sukan ini.
INFO
Nama penuh: Muhammad Faisal Taib
Umur: 45 tahun
Asal: Cheras Kuala Lumpur
Nama isteri: Viviane P Nandu @ Fatimah Hamidon
Nama anak-anak
- Fifi Nur Amira
- Farah Nur Diana
- Muhammad Fazril Shah
- Fasha Nur Mellyssa
- Muhammad Fadzryan Shah
- Muhammad Fedriyan Shah
- Felicia Adrianna Nur Qirani
Idola: Ray Barbee, Mark Gonzales dan Mike Vallely (Skater legenda professional dari Amerika Syarikat).
Anugerah/Pencapaian: Pernah ditaja dua kali oleh dua skateshop tempatan iaitu Crazeecausa Skateshop dan Rupert Rage Skateshop sekitar 2012 – 2014. Pencapaian terbaik sepanjang bergelar skateboarder sejak 1991 - 2021 ialah mendapat tempat keempat keseluruhan dalam dua pertandingan skateboard anjuran Persatuan Sukan Skateboarding Tempatan.
Artikel berkaitan
10 tip mudah cipta animasi dan aplikasi animasi
Inilah anak-anak Malaysia yang genius! Hadiahkan 6 anugerah untuk negara. Luar biasa