1093370
1093370

Tip menjadi atlet e-sukan yang berjaya

Mariatul Qatiah Zakaria
16 Jun 2021 01:01pm
A
A
A

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pernah mengeluarkan kenyataan jumlah peminat e-sukan pada 2016 ialah sebanyak 9.5 juta dan ia telah meningkat kepada 19.8 juta pada 2019.

Pertambahan ini mewakili kira-kira 60.7 peratus penduduk Malaysia pada 2019. Ia secara tidak langsung menunjukkan sukan ini semakin diminati dalam kalangan masyarakat hari ini.

Jika dilihat pada perkembangan sukan elektronik di negara ini, ia boleh dikatakan agak memberangsangkan.

Bermula dengan pertandingan di peringkat tempatan anjuran kelab, ia kemudiannya mendapat tempat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.

Pada 2018 Malaysia telah menghantar atlet e-sukan ke Sukan Asia di Jakarta, Indonesia dan Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Melihat akan sambutan yang begitu menggalakkan, maka tidak hairanlah sekiranya ia dipertimbangkan untuk dipertandingkan pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Hari ini, kerjaya sebagai atlet e-sukan semakin popular dalam kalangan belia apabila ia menjanjikan masa depan yang cerah dan sumber pendapatan bulanan yang mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

Jadi tidak hairanlah sekiranya hari ini ramai atlet e-sukan negara terdiri daripada anak-anak muda yang cukup berbakat dalam bidang ini.

Fattah Zie, antara atlet sukan elektronik yang berjaya di negara ini. Mengakui bukan mudah untuk menempatkan diri dalam kalangan atlet-atlet yang telah berjaya, bagaimanapun anak kelahiran Shah Alam, Selangor, ini berkata, segala-galanya mampu diatasi apabila kita mempunyai kesungguhan untuk berjaya.

Jom ikuti tip yang dikongsikan Fattah Zie untuk menjadi seorang atlet e-sukan ini.

1) Mengikuti pertandingan tempatan

  • Daftarkan diri untuk menyertai pertandingan-pertandingan e-sukan di peringat tempatan.
  • Mulakan dari bawah, kemudian ‘mendaki’ sedikit demi sedikit.

2) Melakukan live streaming

  • Melakukan live streaming adalah salah satu ‘syarat’ penting untuk menjadikan anda seorang atlet e-sukan.
  • Dengan melakukan live streaming anda akan dikenali ramai selain mengumpul pengikut di media sosial masing-masing.

3) Mengikuti akademi e-sukan

Sekiranya betul-betul ingin menjadi seorang atlet e-sukan yang berjaya dan terkenal, anda boleh menyertai akademi e-sukan.

4) Fokus pada satu game

  • Hari ini tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis permainan dalam talian yang menjadi pilihan ramai.
  • Begitupun, anda dinasihatkan agar memilih dan memberi fokus hanya pada satu game yang popular ketika ini.

5) Latihan yang berterusan 

  • Sekiranya ingin mahir dalam sukan elektronik, anda digalakkan untuk melakukan latihan secara berterusan.
  • Lazimnya tempoh masa latihan yang diamalkan pemain-pemain e-sukan ialah antara 12 hingga 16 jam.

6) Cari dan bentukkan kumpulan

Lazimnya bergerak secara berkumpulan lebih mudah.

7) Belajar daripada atlet profesional

  • Bagi mereka yang baru berjinak-jinak menceburkan diri dalam dunia e-sukan, anda seharusnya mempelajari selok-belok mengenai permainan dalam talian ini daripada atlet-atlet yang profesional.
  • Dapatkan nasihat dan belajar daripada mereka mengenai sesuatu permainan itu.

8) Siapkan kelengkapan

  • Kelengkapan untuk membolehkan anda bermain permainan dalam talian ini amat penting kerana tanpa kelengkapan yang mencukupi anda mungkin tidak boleh berlatih seperti atlet-atlet e-sukan yang lain.
  • Lazimnya kelengkapan yang diperlukan adalah gajet seperti telefon bimbit ataupun komputer peribadi yang mempunyai spesifikasi yang tinggi untuk menyokong aplikasi permainan dalam talian tersebut seperti RAM dan kad grafik.
  • Selain itu, anda juga perlu ada fon kepala dengan mikrofon yang berfungsi dengan baik untuk anda berkomunikasi dengan penonton ataupun ahli-ahli kumpulan anda.

9) Perluas jaringan (network)

  • Lebarkan ‘sayap’ dengan bergabung dengan lebih banyak komuniti.
  • Menyertai banyak pertandingan tempatan.

10) Perbaiki corak permainan

Perbaiki statistik permainan setiap kali selesai berlatih atau selesai pertandingan.

11) Haruslah sentiasa konsisten

  • Konsisten juga merupakan kunci utama untuk anda berjaya menjadi atlet e-sukan, jadi teruskan belajar.
  • Siapkan kelengkapan

Artikel berkaitan

3 kemahiran yang perlu ada jika memilih kulinari sebagai kerjaya

5 tip permulaan bagi pelajar yang memilih dunia jahitan atau bidang fesyen sebagai kerjaya

Kemahiran dan pemikiran yang harus diterapkan oleh Gen Z untuk membina kerjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok