36C3-PDF-encryption-featured2
36C3-PDF-encryption-featured2

Fail PDF terlalu besar? Guru-guru boleh guna 4 aplikasi ini untuk mengecilkan fail

webadmin
08 Sep 2021 07:15am
A
A
A

Format PDF adalah format dokumen terkenal dan sering digunakan di seluruh dunia kerana format ini mempunyai banyak kelebihan dan mudah digunakan.

Namun ada satu perkara yang kadang-kadang terjadi apabila menggunakan format ini iaitu ketika ditukarkan ke format ini, saiznya menjadi terlalu besar.

Tentunya perkara ini akan menjadi masalah jika anda seorang cikgu yang ingin menghantar dokumen latihan dalam format ini kepada murid, namun risau akan saiz fail tersebut terlalu besar dan menyebabkan data internet pelajar cepat habis.

Jangan risau, hari ini Sinar Bestari ingin berkongsi beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk memampatkan (compress) saiz fail tersebut, dan yang paling penting semuanya adalah percuma dan boleh diakses pada bila-bila masa sahaja.

Compress PDF – Duplichecker
Laman Web Compressor PDF Duplichecker ini merupakan salah satu perkhidmatan paling cemerlang untuk mengurangkan saiz fail PDF.

Ia merupakan laman web perkhidmatan khusus yang untuk mengecilkan saiz PDF secara dalam talian. Prosedur kerja compressing di laman web ini juga agak mudah. Hanya perlu dapatkan fail pdf yang besar dari storan komputer atau Google Drive / Dropbox dan memasukkannya ke dalam kotak input yang disediakan.

Setelah memasukkan entri yang diperlukan, anda hanya perlu klik butang "compress pdf". Setelah itu fail PDF yang dikecilkan dapat diperoleh dalam masa lima saat sahaja.

PDFElement Pro
PDF Elements adalah laman web terkenal dan sering digunakan untuk memanipulasi saiz PDF. PDFElement Pro menawarkan perkhidmatan compressor yang sangat dipercayai yang boleh digunakan untuk mengurangkan ukuran fail pdf dengan sangat cepat.

Anda mendapat empat cara berbeza untuk mengedit serta mengecilkan fail PDF seperti di bawah.

Cara pertama untuk mengurangkan ukuran fail pdf adalah dengan membuang semua kandungan yang tidak penting dan tidak diingini dari fail tersebut. Ini termasuk teks, gambar dan lain-lain.

Cara kedua adalah menggunakan alat fungsi pengecilan yang ditawarkan oleh laman web ini. Anda juga boleh mengubah fail pdf tersebut ke format fail yang lain.

Cara keempat adalah dengan menggunakan pilihan "PDF Optimisation" bagi alat ini. Dengan pilihan ini, anda dapat mengurangkan saiz fail dengan menukar kualitinya.

Neevia PDF Compress
Aplikasi ini dapat banyak membantu anda dengan antara muka yang mudah dan ringkas. Compressor ini juga sangat mudah digunakan dan sesuai untuk pelbagai jenis fail PDF. Ianya bukan sahaja membantu pengguna mengecilkan saiz fail PDF yang lebih kecil, malah ia juga boleh fail PDF ke format lain.

Compressor PDF Abelssoft
Aplikasi compressor dalam talian ini juga sangat mudah digunakan. Ianya menawarkan pilihan yang unik untuk mengecilkan fail PDF. Anda boleh menggunakanya sendiri dan lihat apakah yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Secara keseluruhan, aplikasi ini adalah antara alat compressor yang terbaik untuk membantu anda mengecilkan fail PDF hanya dengan beberapa klik.

Sebenarnya terdapat banyak lagi alat compressor PDF, tetapi dicadangkan agar anda mencuba dahulu utiliti yang disenaraikan di atas kerana ianya sebenarnya sudah cukup untuk memenuhi keperluan anda.

Sumber: Ahsan Arshad, pengasas Ranking Tricks

Artikel berkaitan

5 kunci kejayaan buat guru di Malaysia capai impian

Raih 10 pingat, UTeM menang besar di ITEX 2022

Program Drugs-Ciety’22 dedah murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan