Tip kemahiran menggunting. Guru dan ibu bapa boleh guna cara ini untuk ajar si kecil
Tip kemahiran menggunting. Guru dan ibu bapa boleh guna cara ini untuk ajar si kecil

Tip kemahiran menggunting, guru dan ibu bapa boleh guna cara ini untuk ajar si kecil

Roshlawaty Md Raieh
19 Aug 2022 11:06pm
A
A
A

Seorang guru perlu memiliki pelbagai kemahiran bagi membantu anak-anak didiknya menguasai banyak perkara.

Kemahiran seperti mengajar, keusahawanan, menggunting dan sebagainya, antara yang harus dimiliki oleh pendidik berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, Mahfuzah Zainol berkongsi tip penting iaitu kemahiran menggunting untuk guru kuasai ketika sesi pembelajaran berlangsung bersama murid-murid.

“Sebenarnya, untuk mengajar murid menggunting, ada langkah-langkah tertentu untuk membolehkan mereka pandai memegang gunting.

“Antara langkahnya adalah dengan menguji kemahiran menggunting kanak-kanak dengan tiga jenis garisan iaitu garisan lurus, garisan zig zag dan garisan beralun,” katanya.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Menurut beliau, ketiga-tiga jenis garisan ini memberikan kemahiran integrasi penggunaan gunting yang berbeza.

“Jika tidak boleh gunting garisan lurus, lakukan aktiviti snipping. Snipping ialah menggunting garisan pendek-pendek,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu, Siti Badariah Baharin turut berkongsi tip untuk ibu bapa mengajar anak-anak menggunting dengan betul.

Langkah pertama katanya, ibu bapa perlu sediakan gunting yang saiznya sesuai dengan tangan kecil si anak. Jika anak kidal, belikan gunting khas untuk orang kidal.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

“Kemudian, bila anak sudah boleh memegang gunting dengan betul, barulah anda boleh meminta anak untuk membuka dan menutup bilah gunting.

“Praktis 'gunting angin' dahulu. Bagi anak yang baru mula memegang gunting, pasti mereka akan menggunakan dua tangan untuk aktiviti ini. Di sinilah perlunya latihan berkali-kali,” katanya.

Ujarnya lagi, apabila anak sudah mahir, barulah ajar mereka untuk buat potongan yang lebih panjang. Ajar juga anak-anak untuk berhenti menggunting pada tempat tertentu.

“Caranya, ibu bapa lipat kertas kepada dua bahagian dan minta anak-anak untuk gunting sehingga tempat lipatan sahaja.

“Dan akhir sekali, barulah ajar mereka untuk menggunting mengikut bentuk,” jelasnya.

Artikel berkaitan 

Barber Shop di SMK Bukit Payong! Sekolah pertama di Malaysia sediakan khidmat gunting rambut

3 langkah bantu cantikkan bacaan al-Quran. Ini perkongsian Guru Cemerlang

Penuh kejutan! Cikgu Azlina tak sangka jadi guru Malaysia pertama menang Canada/Jasper Research Award 2021/2022 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan