Untitled design
Untitled design

3 langkah bantu cantikkan bacaan al-Quran. Ini perkongsian Guru Cemerlang

Roshlawaty Md Raieh
13 Jan 2022 05:40pm
A
A
A

Mempunyai anak-anak yang cintakan al-Quran, bijak membaca dan menghafaz al-Quran merupakan kurniaan terindah buat ibu bapa.

Ini kerana, bukan semua anak-anak mampu berbuat demikian melainkan ibu bapa itu sendiri yang berusaha memberi didikan yang terbaik buat anak masing-masing.

Guru Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka, Ustazah Aminah Mat Yusoff berkata, ALLAH SWT menghadiahkan pahala yang besar kepada sesiapa yang membaca al-Quran dengan baik beserta tajwid yang tepat.

“Saya bersyukur bila dapat tahu ramai anak-anak menjadikan al-Quran sebagai sahabat dan berusaha mendekatkan diri dengan kitab ALLAH ini. Semoga apa yang dilakukan ini, berterusan,” katanya.

Menurut Ustazah Aminah, membaca al-Quran perlu ada langkah-langkah tertentu dalam mencantikkan bacaanya.

“Jadi di sini, ustazah kongsikan tiga langkah untuk mak ayah dan juga murid-murid hadamkan bagi memperindahkan lagi bacaan.

“Semoga panduan ini bermanfaat buat kita semua,” katanya melalui laman Facebook, baru-baru ini.

Mari ikuti senarai tiga langkah bantu mencantikkan lagi bacaan al-Quran daripada Ustazah Aminah

1) Satu ayat al-Quran yang dibaca, satu darjat kita diangkat. Subhanallah. Inilah kata-kata semangat yang membuatkan anak-anak SK Sungai Petai berlumba-lumba membaca al-Quran setiap kali waktu tasmik. Moga makin hari, makin cinta dengan kalam suci ini.

2) Kelemahan dalam tajwid yang agak ketara dalam kalangan murid sekolah ialah kekeliruan terhadap bacaan panjang dan pendek. Pada peringkat awal kesalahan ini tidak membimbingkan, namun jika dibiarkan ia boleh mengubah makna al-Quran itu sendiri.

3) Saya laksanakan intervensi kepada beberapa orang murid dan melihat keberkesanan tiga langkah ini untuk memulihkan kekurangan yang ada. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH dalam masa yang singkat sahaja murid dapat membetulkan kesalahan dan membaca ayat al-Quran dengan baik.

4) Cuba ikuti tiga langkah ini dan lihat hasilnya

Langkah pertama: Guru bulatkan setiap bahagian dari kalimah yang mempunyai hukum mad asli. Lakukan sebanyak dua ayat kemudian guru semak bacaan murid.

Langkah kedua: Minta murid bulatkan setiap bahagian dari kalimah yang mempunyai hukum mad asli. Lakukan sebanyak satu ayat kemudian guru semak bacaan murid.

Langkah ketiga: Minta murid perhatikan ayat dan tanda mad asli tanpa membulatkan. Baca di hadapan guru dengan bacaan tartilan atau kelajuan sederhana dan berhati-hati.

5) Insya-ALLAH, moga ALLAH permudahkan urusan kita dalam mendidik.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff

Artikel berkaitan 

Penuh kejutan! Cikgu Azlina tak sangka jadi guru Malaysia pertama menang Canada/Jasper Research Award 2021/2022

Cikgu perlu tahu, 19 soalan lazim mengenai pertandingan Anugerah Sekolah SMART Sinar Bestari

Hasrat Guru Cemerlang jumpa Tun Mahathir tercapai, guna peluang kongsi cerita tentang dunia pendidikan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | TwitterYouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok