UPM agih pek juadah berbuka puasa kepada 450 pelajar UPM
UPM agih pek juadah berbuka puasa kepada 450 pelajar UPM

UPM agih pek juadah berbuka puasa kepada 450 pelajar UPM

Azliyana Sulaiman
10 May 2021 02:44am
A
A
A

SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Perhubungan Alumni mengagihkan pek-pek makanan untuk berbuka puasa kepada mahasiswa yang masih berada di kolej kediaman UPM, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Arifin Abdu berkata, agihan pek makanan tersebut dikendalikan di bawah Program Musaadah Ramadan yang mempunyai dua aktiviti utama iaitu Tautan Mahabbah (berfokus kepada rumah-rumah kebajikan) dan Mawaddah Ramadan (berfokus pelajar UPM yang memerlukan).

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang terdiri dalam kalangan staff UPM, Alumni UPM dan juga orang perseorangan.

"Saya yakin, dengan adanya sikap prihatin begini, ramai pelajar yang memerlukan bantuan dapat menerima manfaatnya. Semoga pada masa akan datang program-program bantuan begini dapat diteruskan lagi," katanya.

Seramai 450 pelajar kolej kampus Serdang menerima pek makanan yang diagihkan bermula jam 5 hingga ke 6.30 petang. Agihan makanan tersebut turut dibantu barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2020/2021.

Sementara itu, wakil MPP, Muhammad Farhan Roslan berkata, dengan adanya bantuan prihatin sebegini ia sebenarnya dapat menjimatkan kos pelajar membeli juadah untuk berbuka puasa.

"Terima kasih kepada semua. Semoga aktiviti sebegini akan berterusan kelak," katanya.

Terdahulu Program Musaadah Ramadan menerusi Tautan Mahabbah juga turut mengadakan aktiviti menyantuni penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Yatim / Miskin, Rukaiyah, Sungai Merab, Kajang.

Aktiviti menarik

Pelaksanaan semula PdPR, ibu bapa bimbang pembelajaran anak-anak

13 pelajar Hatimurni Islamic Private Education khatam al-Quran





 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok