WhatsApp Image 2021-08-03 at 2.15.13 PM(1)
WhatsApp Image 2021-08-03 at 2.15.13 PM(1)

USIM melancarkan PPV untuk lawan virus Covid-19

webadmin
03 Aug 2021 03:01pm
A
A
A

Angka kenaikan kes dan kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Rantaian Covid-19 yang berjaya dikawal pada tahun lalu kini kembali menjadi barah dalam kalangan masyarakat.

Siapa sangka keadaan negara pada hari ini semakin tidak terkawal apabila ramai yang kehilangan ahli keluarga tersayang. Tangisan dan esakan sayu daripada mereka seolah-olah menjadi mimpi ngeri buat seluruh masyarakat.

Tidak sanggup untuk berdepan dengan kemungkinan pada masa akan datang, ramai pihak telah berganding bahu dalam usaha memhentikan penularan virus Covid-19 ini.

BACA JUGA: 11 langkah mudah elak jangkitan Covid-19

BACA JUGA: Apa akan jadi pada subjek Matematik anak kita era Covid-19? Sebak baca keluhan guru Matematik ini

Senario ini menyaksikan ramai sukarelawan turun padang bagi melancarkan proses di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) demi keselamatan bersama.

Baru-baru ini, seramai 80 sukarelawan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 35 sukarelawan dari MyVac, 40 sukarelawan dari Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan 35 sukarelawan dari Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dari PPV IPT mega USIM telah bekerjasama mengerah keringat demi memastikan orang ramai menerima vaksin dengan segera.

Hari ini sukarelawan banyak membantu melancarkan proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurut salah seorang sukarelawan MyVac yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega USIM, Nor Azliayana Izzati Shamsul, 23, dia berasa teruja dengan keseronokan menimba pengalaman untuk membantu orang ramai sekaligus mengurangkan kadar kenaikan kes di negara ini.

“Saya mengambil peluang untuk turut serta dalam program ini memandangkan kursus Tourism Management tidak ada Latihan Industri (LI) untuk akhir semester, jadi sejak Mei lalu saya menyertai sukarelawan PPV di Majlis Bandaraya Seremban dan kini saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai PPV di USIM kerana ia berdekatan dengan rumah saya,” ujarnya.

Selain itu, seorang staf syarikat penerbangan yang turut mendaftar sebagai sukarelawan di Jabatan Belia dan Sukan, Negeri Sembilan, Ismail Kassim, 35, turut berkongsi pengalaman bahawa dia mula berminat untuk mengikuti program ini apabila dia menghantar ibunya untuk menerima suntikan di PPV Seremban. Keadaan di mana bilangan kakitangan yang bertugas tidak mencukupi, dia membuat keputusan untuk menyumbangkan tenaga kepada masyarakat memandangkan aktiviti penerbangan juga agak kurang dijalankan semasa musim pandemik ini.

BACA JUGA: PdPR: Ia bukan sekadar pembelajaran dalam talian  

Situasi yang sama juga turut berlaku kepada salah seorang petugas di sebuah syarikat penerbangan terkenal di Malaysia, Kumala Dewie, 40, yang tidak terkecuali bergerak aktif sebagai sukarelawan PPV di USIM. Berbekalkan pengalaman yang dimiliki semasa berhadapan dengan orang ramai, Kumala Dewie berharap penglibatan dirinya dapat mengurangkan beban tenaga kerja petugas baris hadapan dalam memberi suntikan kepada para penerima vaksin.

Antara sukarelawan yang berada di Pusat Pemberian Vaksim (PPV) USIM.

Paling tidak disangka, pelancaran program PPV IPT Mega USIM ini mendapat sambutan ramai apabila Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Exco-exco Kerajaan Negeri turut membantu memberikan sumbangan seperti makanan, minuman dan pelitup muka untuk tenaga-tenaga kerja yang terlibat.

Keprihatinan daripada Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Arul Kumar Jambunathan; Exco Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Koon; Pengarah Syarikat Twin Venture Cap Sdn Bhd, Datuk V. Saravanakumar; McDonald Malaysia Nilai, Negeri Sembilan dan Minuman Yakult Malaysia, sangat dihargai.

Ikuti GPSBestari di Twitter

Semoga kebersamaan ini mampu membantu negara dalam menghentikan penularan virus Covid-19 sekali gus mengembalikan kehidupan masyarakat seperti sedia kala.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok