Untitled
Untitled

UTeM bangunkan Sistem Fertigasi IoT bantu tingkatkan keberkesanan sistem pembajaan dan hasil tanaman sektor agromakanan negara

webadmin
25 Sep 2021 10:01pm
A
A
A

MELAKA - Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan Sistem Fertigasi Internet of Thing (IoT) bantu tingkatkan keberkesanan sistem pembajaan dan hasil tanaman sektor agromakanan negara.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, Sistem Fertigasi IoT ini dapat membantu golongan petani untuk memantau data asas pertanian dan mengawal proses pembajaan secara dalam talian melalui komputer atau telefon pintar sahaja.

Jelas beliau, sistem ini memberikan impak besar buat sektor agro dalam negara kerana ia sangat membantu dan menjimatkan masa bagi pengurusan dan pengendalian kebun atau ladang.

“Kejayaan UTeM membangunkan sistem ini sama seperti membawa teknologi moden ke dalam sektor agromakanan negara serta bertindak sebagai pemangkin kebolehcapaian Dasar Agromakanan Negara 2.0,” katanya dalam kenyataan yang diberikan baru-baru ini.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Projek penyelidikan dan pembangunan Sistem Fertigasi IoT ini dibangunkan oleh Ketua Penyelidik yang merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Dr Fakrulradzi Idris bersama Ir Dr Anas Abdul Latiff yang juga pensyarah FKEKK serta berperanan sebagai Pengurus Projek ini dan Pembantu Penyelidik Siswazah FKEKK, Muhammad Amirul Buntat.

Kumpulan penyelidik yang membangunkan Sistem Fertigasi IoT UTeM, Dr Anas (kiri), Dr Fakrulradzi (tengah) dan Muhammad Amirul (kanan).

Menyentuh mengenai penyelidikan pembangunan sistem Fertigasi IoT ini, Dr Fakrulradzi menyatakan kerja penyelidikan projek ini bermula sejak akhir 2019 sehingga kini dan ia merangkumi tiga fasa pengujian bagi menguji kemampanan Sistem Fertigasi IoT.

“Pengujian fasa satu bermula dari Disember 2020 hingga Mei 2021 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman terung mini berjumlah 120 beg poli.

“Pengujian fasa dua pula melibatkan keberkesan sistem untuk komuniti luar dan projek ini bermula dari Jun 2021 sehingga Disember 2021 di Kebun Komuniti Taman Tasik Utama (TTU), Ayer Keroh, Melaka milik TTU Agro Farm melibatkan penanaman 500 beg poli cili centil dan cili kulai.

Baca juga 5 permainan mudah untuk tingkat kebolehan dalam peperiksaan

Baca juga 5 tip menyediakan poster pembentangan yang berkesan, cikgu-cikgu pasti tidak pening lagi

“Sementara itu, pengujian fasa tiga bermula dari Ogos 2021 sehingga Januari 2022 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman rockmelon dan timun kecil berjumlah 90 beg poli,” ujarnya.

Mengupas mengenai tahap keberkesanan pelaksanaan Sistem Fertigasi IoT ini, Dr Fakrulradzi berkata, berdasarkan pengujian untuk fasa satu dan fasa dua menampakkan pengurangan penjimatan penggunaan baja sebanyak 30% manakala hasil tuaian pula lebih daripada kadar biasa dan tempoh penanaman pula berjaya disingkatkan.

Sistem Fertigasi IoT bagi Fasa Pengujian Kedua melibatkan keberkesan sistem untuk komuniti luar dan projek ini bermula dari Jun 2021 sehingga Disember 2021 di Kebun Komuniti Taman Tasik Utama (TTU), Ayer Keroh, Melaka milik TTU Agro Farm melibatkan penanaman 500 beg poli cili centil dan cili kulai.

Ujarnya, projek ini dibiayai oleh UTeM menerusi Geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) program 2020 mengambil masa pembangunan sistem ini dalam tempoh 15 bulan.

Mengulas tentang penyelidikan ini jelas menzahirkan UTeM bukan hanya menzahirkan semarak penyelidikan yang berteraskan teknologi semasa selari Revolusi Industri 4.0 malahan ianya memberikan impak langsung kepada komuniti dan industri selari dengan hasrat nasional.

Prof Ir Dr Ghazali (kiri) melihat perkembangan dan keberkesanan Sistem Fertigasi IoT di TTU Ayer Keroh yang berjaya meningkatkan hasil tanaman dan pengurangan penggunaan baja.

“Teknologi yang dibangunkan ini adalah setanding dengan teknologi dunia sekaligus melonjakkan nama Malaysia menjadi negara yang mencipta teknologi dan bukan lagi bersandarkan kepada senario pengguna teknologi semata-mata,” ujarnya lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok