Untitled
Untitled

UTeM jangka terima 6,000 pelajar kembali ke kampus pada Oktober

webadmin
25 Sep 2021 09:44pm
A
A
A

MELAKA - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah pun bersedia menerima pelajarnya yang akan mula kembali ke kampus secara fizikal bermula pada 15 Oktober nanti.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Profesor Ir Dr Ghazali Omar berkata, sehingga kini pihak UTeM menjangkakan akan menerima seramai 6,000 pelajar secara fizikal pada Oktober.

Katanya, ia termaktub kepada golongan pelajar yang telah menerima vaksinasi lengkap dan cukup tempoh matang dalam kategori berkeperluan di samping pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperincikan.

Jelas beliau, anggaran 6,000 pelajar itu adalah mengambilkira 50 peratus jumlah kapasiti pelajar keseluruhan UTeM pada masa kini manakala 10 peratus daripadanya pula merupakan anggaran jumlah yang dibenarkan bagi pelajar pascasiswazah.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Sebanyak 4,240 penginapan ditawarkan kepada pelajar yang bekeperluan yang akan menginap di kolej kediaman manakala selebihnya akan duduk di luar kampus.

“Bagi kelulusan permohonan kolej kediaman dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh UTeM dengan menggunakan Sistem Maklumat Pelajar (SMP), ujarnya lagi.

Mengulas mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran (PdP) pula, beliau berkata, PdP di UTeM akan dilaksanakan menerusi kaedah hibrid termasuk secara dalam talian atau secara bersemuka bersesuaian dengan program akademik yang sedang diikuti oleh pelajar terbabit.

Baca juga Lemah dalam Fizik? Ibu bapa dan pelajar boleh cuba cara ini untuk analisis tahap pencapaian subjek tersebut. Berkesan!

Baca juga Michael Yam Kong Choy dilantik sebagai Canselor UOW Malaysia KDU

“Bagi pelajar yang berkeperluan dan tinggal di luar kampus pula boleh juga mengikuti PdP secara hibrid, dalam talian atau bersemuka mengikut kesesuaian kursus yang diambil.

“Sementara itu, bagi pelajar yang tidak kembali ke kampus pula mereka masih perlu mengikuti PdP secara dalam talian mengikut kesesuaian kursus yang diambil,” ujarnya sewaktu memberi kenyataan berhubung perkembangan semasa kini.

Dari aspek kadar vaksinasi dalam kalangan warga kerja UTeM pula, sehingga hari ini UTeM telah mencapai sebanyak lebih 93 peratus stafnya lengkap dua dos suntikan vaksin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok