WhatsApp Image 2022-04-08 at 5.04.55 PM
WhatsApp Image 2022-04-08 at 5.04.55 PM

(VIDEO) Menara telekomunikasi daerah terbakar, pelajar UPSI kongsi kisah perjalanan 130 km untuk dapatkan capaian internet

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
08 Apr 2022 05:11pm

Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memaksa pelajar untuk menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Setelah dua tahun, sistem pendidikan negara semakin pulih dengan pembukaan sekolah dan juga kampus universiti yang membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

Baru-baru ini tular di laman TikTok apabila pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Anis Arina Aqilah Roslee, 23 terpaksa berjauhan daripada rumah untuk mendapatkan akses internet bagi mengikuti pembelajaran dalam talian.

Baca juga

(VIDEO) Gigih jalan kaki 10 kilometer ke sekolah seawal 6.30 pagi, warganet cadang hadiahkan basikal

(VIDEO) Anak mengadu kelas panas, bapa terus beli 5 kipas

[embed]https://www.tiktok.com/@nisa_rinaa/video/7082656841229978906?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7063350216812709378[/embed]

Menurutnya, dia terpaksa berbuat sedemikian kerana menara telekomunikasi daerah di Telupid, Sabah terbakar dan mengakibatkan liputan internet terjejas di beberapa kawasan berhampiran Pekan Telupid.

Hampir setiap hari Anis Arina akan merekod video untuk dijadikan ‘diari’ tentang perjalanannya sebagai seorang pelajar dalam usaha menimba ilmu.

Pada hari pertama, dia telah pergi ke satu kawasan yang pada mulanya dipercayai mempunyai talian internet. Setelah tiba di lokasi, dia kemudiannya bersiap sedia untuk mengikuti kelas dengan kelengkapan seperti telefon pintar dan komputer riba.

Namun, apa yang terjadi membuatkannya berasa kecewa sehingga mengalirkan air mata kerana dia masih tidak dapat capaian internet yang memuaskan bagi membolehkannya masuk ke dalam kelas dalam talian.

[embed]https://www.tiktok.com/@nisa_rinaa/video/7080351739832077594?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7063350216812709378[/embed]

Selain itu, dalam salah satu video yang dimuat naik, Anis Arina dilihat sedang duduk di dalam ‘boot’ kerana suhu di dalam kereta terlalu panas.

Perkongsian yang dibuat oleh pelajar semester enam Sarjana Muda Komunikasi Sosial itu mendapat perhatian orang ramai.

Ramai yang mempersoalkan mengapa tidak kembali ke kampus universiti. Dia kemudiannya menjawab bahawa dia sedang melakukan Projek Tahun Akhir yang memerlukan dirinya untuk berada di kawasan rumah secara fizikal.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, kisah yang perjalanan yang berliku oleh Anis Arina telah dijadikan inspirasi kepada pengguna laman itu dan sempat memberikan kata-kata semangat kepadanya.

@yuslizahyusuf: Awak buatkan diri saya untuk bersyukur dengan apa yang saya ada, ada talian yang elok, lancar untuk dimanfaatkan betul-betul. Kekal tabah dan semoga Tuhan mempermudahkan urusan.

@jujur_sajalah: Terus semangat sayang. Awak sangat kuat. Kami ada untuk doakan awak cemerlang dunia dan akhirat.

@mrs.adiela: Sentiasa semangat ya Aqilah, tahu susah pasti akan ada pelangi di sekian harinya. Pensyarah pasti faham.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp