No Image Caption

Belanjawan 2023: Kerajaan setuju naik elaun guru KAFA sebanyak RM100

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
24 Feb 2023 06:22pm
A
A
A

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bagi 35,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meningkat kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

“Selain itu, kerajaan akan memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

“Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih RM40 juta,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau memberitahu, kerajaan telah menyediakan peruntukan berkaitan hal ehwal Islam berjumlah RM1.5 bilion dan mahu institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok