Antara rak buku awam atau lebih dikenali Offentlicher Bucherschrank di Jerman.
Antara rak buku awam atau lebih dikenali Offentlicher Bucherschrank di Jerman.

Deretan rak buku terbuka di Jerman buat warganet teruja!

ROSHLAWATY MD RAIEH
10 Mar 2023 01:32pm
A
A
A

Jerman antara negara yang wajar mendapat pujian kerana mewujudkan deretan rak buku awam dan terbuka untuk bacaan penduduknya.

Walaupun ramai mengetahui yang trend membaca kini lebih terarah kepada kaedah digital seperti e-book atau buku elektronik tetapi buku berasaskan kertas tetap popular dalam kalangan pembaca di Jerman.

Sinar Bestari tertarik dengan hantaran yang dimuat naik seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairolizam Muhaidi.

Beliau yang merupakan rakyat Malaysia dan kini menetap di bandar Frankfurt, Jerman telah berkongsi mengenai rak buku awam dan terbuka di negara itu yang begitu unik dan kreatif sekali.

Orang ramai boleh membaca pelbagai genre buku yang disediakan di sini.
Orang ramai boleh membaca pelbagai genre buku yang disediakan di sini.



Dalam hantaran yang ditulis bapa kepada tiga cahaya mata ini, kewujudan rak-rak buku awam tersebut adalah satu pemandangan normal bagi masyarakat di sana.

“Di Jerman, situasi ini perkara biasa kerana penduduk di sana suka membaca.

“Orang ramai boleh mendapatkan buku-buku secara percuma di rak buku awam atau lebih dikenali dengan Offentlicher Bucherschrank.

“Offentlicher Bucherschrank adalah rak buku yang ditempatkan dikawasan-kawasan awam dan tumpuan lalu lalang orang ramai,” tulis Khairolizam di Facebook.

Sambung beliau lagi, penduduk boleh mengambil koleksi bahan bacaan daripada rak buku tersebut secara percuma tanpa perlu mendaftar atau menulis nama.

Artikel Berkaitan:

Mereka boleh meletakkan buku yang telah selesai dibaca, mengambil dan meminjam buku yang ingin dibaca atau menukar buku lain.

Penduduk Jerman juga tidak perlu bersusah payah mendaftar menjadi ahli seperti di perpustakaan.

Dengan sistem ini, buku-buku ini akan menjadi hak milik umum dan semakin berguna kepada orang ramai.

Katanya lagi, rak-rak buku awam ini boleh dilihat di mana-mana sahaja di Jerman.

No Image Caption

Ia boleh didapati di taman, di pusat bandar, di pondok perhentian bas bahkan di kedai dobi cucian awam bagi mereka yang menunggu cucian bersih dan kering.

“Rak-rak buku yang dibina ini sangat kuat, kukuh dan tahan lasak dari sebarang cuaca ekstrem.

"Kadang-kala kita juga akan terjumpa rak-rak buku ini yang diperbuat daripada pondok telefon terpakai.

“Sehingga hari ini, rak-rak buku awam tersebut banyak terdapat di seluruh bandar besar dan kecil di Jerman bahkan di seluruh Eropah kerana minat membaca yang semakin meningkat,” ujarnya.

Menerusi perkongsian dibuat Khairolizam ini, mungkin satu masa nanti Malaysia juga boleh mewujudkan deretan rak buku awam dan terbuka sebegini dalam melahirkan lebih ramai masyarakat yang suka membaca!

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok