Keberanian Nur Sania dapat pujian ramai - it test select

26 Feb 2024 02:13pm
A
A
A

Murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Ishak, Lumut, Perak, Nur Sania Khaday merupakan seorang yang berani, bersemangat dan yakin pada diri sendiri.

Ini dibuktikan apabila dia mampu bercakap di khalayak ramai ketika berlangsungnya ceramah pencegahan denggi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung, Perak pada Rabu.

Nur Sania yang baru sahaja berusia lapan tahun diberi peluang berkempen cara-cara mencegah penularan denggi kepada masyarakat setempat.

Menurut Nur Sania, keberanian bercakap di hadapan orang ramai bermula ketika usianya lima tahun bersama Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) Komuniti Teluk Muroh.

“Pada usia ini, saya telah berceramah tentang bahaya nyamuk aedes yang boleh menyebabkan maut.

"Saya mahu golongan dewasa mempunyai kesedaran tentang perkara itu sekali gus membersihkan kawasan rumah masing-masing selama 10 minit,” ujarnya yang mengakui begitu seronok mengikuti aktiviti berkempen semata-mata mahu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang sesuatu perkara.

No Image Caption

Sementara itu, Pengerusi Combi Komuniti Teluk Muroh, Maziah Rafie memuji usaha dilakukan Nur Sania dalam membantu menyedarkan orang ramai tentang pentingnya menjaga persekitaran agar tiada pembiakan nyamuk aedes.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, kepetahan murid ini begitu memukau sehingga melayakkan dia dilantik sebagai Duta Combi Kids SK Dato' Ishak selain turut dijemput memberikan ceramah di sekolah-sekolah serta komuniti luar daerah Manjung.

"Alhamdulillah dengan penglibatan adik Nur Sania bersama Combi, kawasan kami di Teluk Muroh tiada berlaku wabak denggi dan kini kami giat menjalankan kempen sekitar Manjung memandangkan kes wabak meningkat.

"Diharapkan usaha yang dijalankan membuahkan hasil sekali gus menurunkan jumlah kes demam denggi di daerah ini," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Combi Daerah Manjung, Wong Lay Keong.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok