Antara yang terpilih dalam Malaysia Teacher Prize 2023, dari kiri Cikgu Zuridah Hanim, Cikgu Mohamad Safuan dan Cikgu Stefanus.
Antara yang terpilih dalam Malaysia Teacher Prize 2023, dari kiri Cikgu Zuridah Hanim, Cikgu Mohamad Safuan dan Cikgu Stefanus.

10 finalis teratas Malaysia Teacher Prize 2023, ini senarai penuh guru-guru terpilih!

ROSHLAWATY MD RAIEH
18 Sep 2023 03:34pm
A
A
A

Seramai 10 guru dari seluruh negara telah terpilih sebagai finalis teratas dalam Malaysia Teacher Prize 2023.

Guru-guru yang bertuah itu terdiri daripada Cikgu Mohamad Safuan Rozak dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jengka Pusat 2, Pahang; Cikgu Stefanus Lucas dari SK Pendidikan Khas Tuaran, Sabah; Cikgu Zul Afida Abdullah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri, Kelantan; Cikgu Kathiresan Moorthy, SK Mahmud, Pahang dan Cikgu Muhammad Nazmi Rosli, SK Long Sebangang, Sarawak.

Seterusnya Cikgu Khou Jerome dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union, Pulau Pinang; Cikgu Dr Zuridah Hanim Md Akhir, SMK Sultanah Bahiyah, Kedah; Cikgu Sadheeshkumar @ Kuang Leong Yee, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bestari Jaya, Selangor; Cikgu Jumisara Chamili, SK Bandar, Johor dan Cikgu Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, SMK Long Ghafar 2, Kelantan.

Sementara itu, Cikgu Zuridah Hanim berkata, dia tidak menyangka yang ALLAH telah membuka pelbagai pintu rezeki melalui peranannya sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM).

“Suatu ketika dahulu saya menerima dengan berat hati jawatan GPM ini kerana ia memfokuskan kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS) sehingga membuatkan langkah dalam pasukan beruniform dan sukan mula terhenti.

“Saya tidak boleh tamak dan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pelbagai jawatan teknikal di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.

“Namun setelah berjaya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik semasa Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), saya kira kerjaya ini merupakan pilihan yang tepat,” ujar Cikgu Zuridah Hanim seperti dipetik dalam laman akaun Facebooknya.

Sambung guru hebat ini lagi, kejayaan yang diraih hari ini datang daripada sokongan orang di sekeliling.

Artikel Berkaitan:

“Saya bukan sesiapa tanpa sokongan anda semua. Kejayaan saya adalah berkat doa mereka khusus suami dan ahli keluarga yang lain.

“Tidak lupa juga sokongan warga sekolah terutama pengetua, pasukan PSS dan anak-anak pelajar yang datang dengan pelbagai potensi sehingga tercetus pelbagai inovasi.

“Terima kasih banyak-banyak...doakan saya akan berjaya ke tahap seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Malaysia Teacher Prize merupakan anugerah yang dianjurkan PEMIMPIN GSL dengan sokongan YTL Foundation, Yayasan Hasanah dan Yayasan ECM Libra.

Ia bertujuan menghargai dan mengiktiraf jasa para pendidik yang luar biasa di negara ini.

Malaysia Teacher Prize 2023 bakal menganugerahkan pemenang utamanya dengan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 manakala lima finalis teratas menerima RM5,000 setiap seorang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok