Pelajar perlu bijak mengurus masa agar dapat seimbangkan antara mengulang kaji pelajaran dengan aktiviti - aktiviti lain.
Pelajar perlu bijak mengurus masa agar dapat seimbangkan antara mengulang kaji pelajaran dengan aktiviti - aktiviti lain.

'Ada jadual, hidup tersusun dan lebih tenang' - Teacher Fara

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
30 Jan 2024 06:10pm

Sebagai ibu bapa, mereka seharusnya memastikan anak-anak dapat mengawal dan menggunakan masa dengan baik.

Ia penting bagi membantu mereka meningkatkan kecemerlangan, membentuk disiplin diri yang terpuji dan mampu menjadi pelajar yang patuh pada peraturan ditetapkan.

Dalam pengurusan masa, Sinar Bestari tertarik dengan hantaran Teacher Fara di Facebook, pada Isnin.

Menurut beliau, masa cukup berharga buat mereka yang bergelar pelajar.

“Bila ada jadual, hidup lebih tersusun dan lebih tenang,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Selanjutnya, ikuti apa kata Teacher Fara mengenai kepentingan mengurus masa dalam kalangan pelajar.

*****

Dalam bidang pendidikan ni, sekecil-kecil perkara kita kena ambil berat

Artikel Berkaitan:

Contohnya mengenai silibus anak-anak, wajib untuk kita sebagai ibu ayah ambil cakna silibus anak-anak sekarang macam mana

Dari situ baru kita akan tahu, apa persediaan yang perlu buat, apa keperluan anak-anak yang kena penuhi dan dekat mana yang kita perlu mereka

Sama juga untuk anak-anak...

Bila mereka nampak apa yang mereka akan belajar, kesinambungan topik macam mana, baru mereka lebih bersemangat, lebih bersedia dan tahu apa yang perlu mereka buat sebagai seorang pelajar

Dan dari sini ia akan wujud jadual untuk anak-anak

Bila ada jadual, hidup lebih tersusun dan lebih tenang

Sebab kita sebagai ibu ayah dan anak-anak tahu, bila waktu belajar, bila waktu main, bila waktu bercuti dan bila waktu lapang untuk aktiviti bebas

Dan bila ada jadual juga, anak-anak lebih bersedia dan fokus dalam kelas

Sebab mereka tahu, waktu tersebut adalah waktu belajar

Ramai anak-anak yang ketinggalan, bukan sebab malas, bukan sebab mak ayah sibuk, tapi sebab gagal menguruskan masa

Silibus sekolah menengah tak susah, cuma kita belajar berperingkat

Menengah Rendah: Belajar konsep asas

Menengah Tinggi: Belajar mekanisma

Senang kalau mula awal

Susah kalau mula lambat

Semuanya atas kita. Nak mula awal atau lambat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp