109 murid Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras terima sumbangan stokin dan kasut sekolah

ROSHLAWATY MD RAIEH
16 Mar 2023 05:45pm
A
A
A

Seramai 109 murid sekolah rendah dan menengah yang menetap di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor, menerima sumbangan stokin dan kasut sekolah menerusi Program Khidmat Masyarakat ‘Selangkah ke Sekolah’ baru-baru ini.

Menurut Ketua Nazir, Jemaah Nazir Negeri Selangor, Ishak Arif, sumbangan berbentuk kelengkapan sekolah itu diharapkan dapat menggembirakan hati semua penerima seterusnya memberi semangat kepada mereka untuk ke sekolah kelak.

Tambah Ishak, selain penyampaian kelengkapan sekolah, terdapat beberapa aktiviti lain turut disediakan sepanjang program berlangsung.

“Antara aktiviti yang telah diadakan ialah tayangan slaid Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, persembahan kompang, silat, bercerita dalam Bahasa Inggeris, nyanyian nasyid, lawatan sekitar pusat jagaan serta jamuan makan tengah hari,” ujarnya.

No Image Caption

Sambung Ishak, Jemaah Nazir Negeri Selangor turut menghulurkan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 kepada pengurusan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.

Selain itu, mereka juga telah mengagihkan sedikit cenderamata kepada seluruh warga pusat jagaan terbabit.

“Bantuan wang tunai RM1,000 telah disumbangkan menerusi penyerahan replika cek kepada Pengurus Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Jamaluddin Wahab.

Artikel Berkaitan:

Ishak (kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM1,000 kepada Jamaluddin (kanan).
Ishak (kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM1,000 kepada Jamaluddin (kanan).

“Semoga dengan bantuan dari para penyumbang di luar sana sama ada melalui wang ringgit, masa dan tenaga akan diberi rahmat dan keberkahan hidup oleh ALLAH SWT,” kata Ishak.

Program Khidmat Masyarakat ‘Selangkah ke Sekolah’ merupakan anjuran Jemaah Nazir Negeri Selangor bersama Badan Kebajikan Staf Profesional (BKSP).

Kira-kira 15 pegawai dari Jemaah Nazir Negeri Selangor, 14 petugas Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dan lima sukarelawan telah terlibat dalam program yang cukup bermakna itu.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok