Para alumni bergambar kenangan pada Majlis Reunion KSPU2023 pada Isnin.
Para alumni bergambar kenangan pada Majlis Reunion KSPU2023 pada Isnin.

120 alumni Kajian Senibina Perancangan dan Ukur 'jumpa kembali' selepas 40 tahun terpisah

MUKHRIZ MAT HUSINMUKHRIZ MAT HUSIN
03 Oct 2023 11:49am

Seramai 120 alumni Kajian Senibina Perancangan dan Ukur (KSPU), Institut Teknologi Mara (ITM) (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA) tahun 70-an bertemu kembali selepas lebih 40 tahun terpisah dan membawa haluan masing-masing dalam satu majlis reunion (perjumpaan semula) di sini pada Isnin.

Penggerak Jawatankuasa Majlis Reunion KSPU 2023, Zakariah Abu Bakar, 71, berkata, kehadiran alumni pada majlis yang pertama kali diadakan itu di luar jangkaan kerana pada mulanya hanya 40 orang disasarkan hadir.

“Kita dapat kumpulkan alumni yang kebanyakannya daripada kumpulan 70-an bermula tahun pertama iaitu 1967 hingga 1979.

“Ada kawan-kawan yang kita tidak jumpa bertahun-tahun. Ada dua rakan yang sudah 48 tahun tidak jumpa,” katanya di sini pada Isnin.

Zakariah
Zakariah

Ujarnya, sehingga kini bilangan graduan lulusan KSPU UiTM mencecah seramai 73,000 orang.

“Jadi, kita rancang untuk mengadakan satu perjumpaan grand finale pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Alumni Alam Bina UiTM, Ar Mustapha Mohamed Salleh, 69, berkata, Majlis Reunion KSPU 2023 diharap dapat menjadi platform untuk alumni menyumbang semula kepada universiti dan generasi baharu, bukan sekadar bersosial sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Ramai lagi pelajar miskin yang sedang belajar jadi mereka perlukan bantuan daripada golongan alumni,” ujarnya.

Mustapha
Mustapha



Para alumni bergambar kenangan pada Majlis Reunion KSPU 2023 yang diadakan di Shah Alam pada Isnin.
Para alumni bergambar kenangan pada Majlis Reunion KSPU 2023 yang diadakan di Shah Alam pada Isnin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp