Dengan mengamalkan tip keselamatan ini, anda bukan sahaja melindungi rumah dan harta benda, tetapi juga memberikan ketenangan kepada diri sendiri serta keluarga sepanjang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dengan mengamalkan tip keselamatan ini, anda bukan sahaja melindungi rumah dan harta benda, tetapi juga memberikan ketenangan kepada diri sendiri serta keluarga sepanjang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

13 tip keselamatan rumah sempena Aidilfitri yang wajib diketahui guru & ibu bapa!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
29 Mar 2025 10:05am

Musim perayaan adalah waktu yang dinanti-nantikan untuk pulang ke kampung dan berkumpul bersama keluarga tercinta.

Namun, dalam keterujaan menyambut perayaan, aspek keselamatan rumah sering kali terlepas pandang.

Sebagai guru dan ibu bapa, tanggungjawab bukan hanya memastikan perjalanan selamat tetapi juga memastikan kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan baik daripada sebarang risiko seperti kecurian atau kebakaran.

Ikuti 13 tip keselamatan rumah seperti dikongsi di Facebook Polis Johor agar anda dapat menikmati perayaan dengan hati yang tenang dan fikiran lapang.

No Image Caption

1) Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

2) Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

3) Jangan sesekali tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.

Artikel Berkaitan:

4) Hentikan hantaran pesanan harian seperti surat khabar apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5) Pasang semula kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

6) Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

7) Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.

No Image Caption

8) Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio atau lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).

9) Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).

10) Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.

11) Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

12) Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.

No Image Caption

13) Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Semoga perkongsian berharga ini dapat memberi manfaat kepada semua khususnya guru dan ibu bapa dalam memastikan keselamatan rumah terjamin sepanjang musim perayaan.

Dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan tip keselamatan yang dinyatakan, kita dapat mengurangkan risiko kejadian pecah rumah serta melindungi kediaman daripada menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp