3 pasukan muncul juara dalam WYSII 2023

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
27 Sep 2023 05:12pm
A
A
A



Sebanyak tiga pasukan dari Malaysia menggondol Anugerah Platinum dalam pertandingan World Youth STEM Invention Innovation (WYSII) 2023 di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur pada Isnin.

Tiga pasukan yang menerima anugerah tertinggi bagi WYSII 2023 terdiri dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pusat Telok Datok, Banting, Selangor yang mewakili kategori sekolah rendah, Young Scientists Club, Selangor kategori sekolah menengah dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis mewakili kategori kolej universiti.

WYSII 2023 memasuki tahun kedua penganjuran dengan menampilkan penyertaan dari lapan buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Kazakhstan, Nepal, Vietnam, Filipina dan Romania.

Sebanyak 916 pasukan yang terdiri daripada 2,800 pelajar mengambil bahagian dalam acara tersebut bagi tahun ini.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Penyelidikan, Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT), Datuk Dr Mohd Nizar Sudin diberi penghargaan untuk merasmikan majlis penutup WYSII 2023 tersebut.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Mohd Ismail Mohd Noor dan Presiden Malaysia Innovation Invention and Creativity Association (MIICA), Ganesan Jeyabalan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Saintis Muda Malaysia (MYSO), Razmi Abdul Razak berkata, WYSII 2023 berjaya mengetengahkan pelajar yang memiliki kemahiran penyelidikan, daya kreativiti dan minda reka cipta yang tinggi.

Malah katanya lagi, ada di antara projek yang dipertandingkan telah dipatenkan dan diangkat sebagai sebuah reka cipta bermutu tinggi yang boleh dikomersialkan.

Artikel Berkaitan:


Sambung beliau, WYSII 2024 yang akan diadakan secara bersemuka kelak dijangka akan menarik lebih ramai penyertaan daripada seluruh dunia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok