No Image Caption

5 fakta tentang Le Tour de Langkawi 

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
29 Sep 2023 02:47pm
A
A
A



Malaysia tidak pernah sunyi daripada menerima kunjungan global sama ada terdiri daripada pelancong atau atlet sukan.

Kini, kunjungan tersebut disemarakkan dengan acara berbasikal antarabangsa iaitu Le Tour de Langkawi (LTdL) yang cukup berprestij dalam kalendar sukan berkenaan.

Perlumbaan yang bermula semenjak 23 September lalu dan bakal berakhir pada 30 September, akan melalui lapan peringkat perlumbaan di negeri semenanjung Malaysia antaranya Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Apa yang lebih mengujakan para peminat sukan berkenaan, jelajah berbasikal itu berjarak sejauh 1,278.1 kilometer (KM)

Sebanyak 14 negara telah menghantar wakil dan pasukan termasuk Malaysia sendiri, Kazakhstan, Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali, Switzerland, New Zealand, Filipina, Indonesia, China, Australia, Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

Berikutan kemeriahan LTdL yang sedang berlangsung, Sinar Bestari kongsikan lima fakta tentang LTdL ini.

1) Diperkenalkan pada tahun 1996 di Langkawi, Kedah.

2) Merupakan idea daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel Berkaitan:


3) Diadakan di Semenanjung Malaysia (pernah dianjurkan di Sabah dan Sarawak pada 1997, namun disebabkan kekangan pengurusan, pihak penganjur terpaksa membatalkan peringkat kedua jelajah itu).

4) Pernah cuba dianjurkan pada tahun 2021, namun terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik Covid-19 ketika itu.

5) Mendapat pengiktirafan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sehingga dinobatkan sebagai acara berprestij dalam UCI Asia Tour.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok