Gambar hiasan - Kredit foto Markus Winkler/Pexels
Gambar hiasan - Kredit foto Markus Winkler/Pexels

8 kaedah mengenali berita palsu. Tidak pasti, jangan kongsi

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
04 Apr 2023 03:50pm

Dunia alam maya merupakan antara salah satu daripada sumber penyampaian maklumat paling memberi impak pada hari ini.

Bahkan, platform media sosial dan portal-portal berita menjadi pilihan pelajar-pelajar serta mahasiswa-mahasiswa memperoleh sumber maklumat terkini.

Ia berikutan sumber berita dan maklumat berkenaan boleh dibaca dengan pantas di hujung jari sahaja.

Bagaimanapun, tidak semua berita-berita yang terdapat di alam maya terutama menjadi tular adalah sahih malah boleh mengundang kesan negatif dari pelbagai aspek termasuk sosial, politik, ekonomi, perhubungan kaum serta agama.

Perbuatan ingin bergelar 'juara' penyampai berita tetapi berkongsi berita palsu bukan sahaja memberi kesan negatif tetapi boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Kredit foto FB Kementerian Komunikasi dan Digital
Kredit foto FB Kementerian Komunikasi dan Digital

Justeru, pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswa perlu lebih peka dalam perkongsian maklumat serta berita agar tidak memberi kesan negatif kepada ekosistem kehidupan masyarakat.

Kementerian Komunikasi dan Digital berkongsi lapan pendekatan mengesan berita palsu melalui akaun rasmi Facebooknya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

1. Periksa dahulu

Siasat penulis! Pastikan indentiti dan kelayakan atau latar belakang dimiliki berkaitan dengan kandungan yang ditulis.

2. Perbandingan

Para pembaca perlu membuat perbandingan dengan sumber lain berkaitan kredibiliti berita berkenaan.

3 Teliti kandungan

Fahami isi kandungan yang cuba disampaikan penulis melalui penyebaran kandungan tersebut. Jangan baca tajuk sahaja.

4. Keseimbangan

Sentiasa menilai maklumat yang disampaikan daripada pelbagai sudut dan tidak terbatas kepada pemahaman serta pandangan anda semata-mata.

5. Fakta atau auta

Membuat perbandingan sama ada maklumat tersebut berdasarkan fakta atau hanya pandangan penulis sahaja.

6. Clickbait

Tajuk pelik, sensasi dan sebagainya berkemungkinan ia adalah berita yang dimanipulasi untuk mengaut keuntungan atau niat melakukan jenayah siber.

7. Berita kitar semula

Pastikan hanya maklumat terkini dan kandungan terbabit bukan berita lama yang dikitar semula. Bagi laman web, periksa kandungan yang telah dikemaskini.

8. Sebenarnya.my

Portal ini bertujuan untuk menyemak dan melaporkan berita yang tidak ditentukan kesahihan cerita atau berita di dalam talian.

Inisiatif ini diharap dapat menangani ancaman berita palsu dalam negara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp