
Guru PPAH bawa pulang pingat emas & perak di K-Semanis 2025
Kumpulan guru dari Pusat Pendidikan Al Hikmah (PPAH), Shah Alam, Selangor melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya membawa pulang pingat emas dan perak menerusi penyertaan pertama mereka di Karnival Memacu Reformasi Pendidikan Madani: Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor 2025 (K-Semanis) di Hotel Wyndham Acmar Klang, Selangor baru-baru ini.
Kejayaan itu diperoleh menerusi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Amalan Terbaik (tiga emas dan tiga perak), Inovasi Terbuka (perak) dan Poster Digital (perak).
Menurut Pengurus Besar Operasi Pendidikan PPAH, Muallim Mohd Fairul Nafazli, kejayaan tersebut amat bermakna kerana ia merupakan kali pertama guru-guru PPAH menyertai karnival berprestij berkenaan.

"Lebih membanggakan lagi, PPAH menjadi satu-satunya institusi pendidikan Islam swasta yang menyertai K-Semanis 2025.
"Ini sekali gus membuktikan kemampuan para pendidik kami bersaing secara sihat dengan guru-guru sekolah kerajaan di daerah Klang,” katanya.
Beliau turut menyifatkan pencapaian itu sebagai penanda aras yang baik buat guru PPAH untuk terus berkongsi amalan terbaik di sekolah dengan pihak luar.

"Penyertaan sulung ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan membuka peluang perkongsian pendidikan yang lebih luas pada masa akan datang," ujarnya.
Ringkasan AI
- Kumpulan guru dari Pusat Pendidikan Al Hikmah, Shah Alam, Selangor memenangi pingat emas dan perak dalam penyertaan pertama di Karnival Memacu Reformasi Pendidikan Madani
- Kejayaan diraih dalam tiga kategori yaitu Amalan Terbaik, Inovasi Terbuka, dan Poster Digital
- Ini merupakan kali pertama guru-guru PPAH menyertai karnival tersebut
- PPAH adalah institusi pendidikan Islam swasta satu-satunya yang menyertai karnival ini
- Pencapaian dianggap sebagai penanda aras dan pemangkin untuk kejayaan serta perkongsian pendidikan yang lebih luas di masa depan
