Semoga hasrat Cikgu Din untuk bertukar ke Semenanjung akan diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kadar segera.
Semoga hasrat Cikgu Din untuk bertukar ke Semenanjung akan diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kadar segera.

‘Beliau awalnya menolak tetapi selepas dipujuk, akhirnya setuju’ - Perkongsian bekas guru tentang Cikgu Din

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
25 Oct 2024 02:29pm

Cerita Cikgu Din masih lagi mendapat perhatian ramai di mana rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap beliau dan isteri, Nur Atiqah My Yusoff.

Kerana perasaan belas kasihan itu, ada dalam kalangan warga maya berhasrat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban dialami Cikgu Din. Cuma, mereka tidak tahu ke mana sumbangan tersebut harus disalurkan.

Terbaharu, bekas guru, Mohd Fadli Salleh telah melancarkan Tabung Kutipan Dana Kilat Cikgu Din, seperti dikongsinya dalam Facebook pada Khamis.

Catat beliau, kutipan akan dibuat melalui akaun rasmi Dana Kita dan sasaran kutipan adalah sebanyak RM10,000.

No Image Caption

"Jika ada lebihan (kutipan), semuanya akan digunakan dalam setiap projek amal yang Dana Kita jalankan.

"Apa yang dilakukan ini adalah dengan niat sedekah pahala jariah itu sampai pada Puan Atiqah, isteri Cikgu Din.

"Moga asbab sedekah berkenaan, ALLAH kurniakan keajaiban seterusnya isteri beliau dapat pulih seperti sedia ada,” tulisnya lagi.

Mengulas lanjut, Mohd Fadli berkata, tabung sumbangan yang dibuka atas nama Cikgu Din adalah atas persetujuan beliau sendiri.

"Beliau pada awalnya menolak, tak nak terima. Selepas dipujuk, alhamdulillah setuju. Jika ada lebihan pula, diniatkan untuk infaq atas nama isteri. Mana tahu berkat sedekah ALLAH beri kesembuhan. Amin,” tulisnya lagi.

No Image Caption

Meninjau ke ruangan komen, Sinar Bestari mendapati, majoriti rakyat Malaysia mula menderma kepada Cikgu Din mengikut kemampuan masing-masing.

Eyyanna Yuszdy: Alhamdulillah, done. Tak banyak tapi semoga dapat membantu dan dipermudahkan segala urusan Cikgu Din sekeluarga.

Pe Chey: Done. Semoga Cikgu Din dipermudahkan urusan dan isteri diberikan rawatan sewajarnya. Amin.

Abam Trafik: Semoga dipermudahkan urusan Cikgu Din. Cadangan saya, kalau dapat, jangan hadkan kepada RM10,000. Kalau dapat lebih, biarlah jadi rezeki Cikgu Din dan isteri. Kos nak hadapi ujian ini bukan sikit. Saya dah alami, saya tahu macam mana berat ujiannya.

Mazlina Haji Ismail: Saya tak kerja hanya suri rumah. Saya bantu sikit ya. Semoga doa-doa kita semua buat Cikgu Din dan isteri, ALLAH makbulkan.

Cahaye Fieza: Maaf cikgu, saya tak dapat nak bagi banyak sebab saya tak kerja, hanya berniaga kecil-kecilan sahaja. Didoakan urusan Cikgu Din sekeluarga dipermudahkan.

No Image Caption

Akmal Afifah: Terima kasih cikgu untuk inisiatif yang sangat baik ini. Dapat kami infaq semampu mungkin. Cuma cadangan saya, kalau boleh upkan lagi target serahan infaq daripada RM10,000 ke RM15,000 hingga RM20,000 sebab saya percaya Cikgu Din dan isteri sememangnya memerlukan banyak sokongan serta bantuan dari segi kewangan.

Ieda Norida: Done. Sedekah atas nama arwah abah dan ma. Semoga dipermudahkan urusan Cikgu Din dan isteri...

Ashiqin Sadikun: Done. Terima kasih Cikgu Mohd Fadli Salleh bukakan tabung.

Akhir sekali, kepada yang ingin menyumbang, anda boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank, Pertubuhan Kebajikan Dana Kita 564221646925 dengan Reference: Infaq Cikgu Din

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp