Cikgu Ma'ad meninggal dunia 11 Januari lalu! 'Sedih sangat dengar berita kematian ini. Tak tercapai hajat nak bagi buah tangan' - Ibu murid
Laman sosial Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan TLDM, Lumut, Perak baru-baru ini, memuat naik hantaran sedih mengenai pemergian seorang guru mereka pada Sabtu.
Cikgu Ma’ad Simin yang dilahirkan pada 4 April 1973 telah meninggal dunia 11 Januari lalu sekali gus meninggalkan kesan yang mendalam kepada warga sekolah.
Meninjau ruangan komentar, warga maya mendapati Cikgu Ma’ad begitu disayangi oleh semua guru, murid dan mereka yang mengenalinya.
"Al-Fatihah Cikgu Ma’ad. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Tiga tahun jadi guru kelas anak ibu, Abang Rayfal. Tahun ini jadi cikgu Sains kelas kakak. Ralat ibu dengar berita, tak tercapai hajat ibu nak bagi buah tangan. Cikgu yang baik dengan anak-anak, selalu bagi kata-kata yang baik dekat anak ibu,” catat Amiey Omar.
"Singkatnya perjalanan hidup kita sebagai hamba ALLAH. Semoga ALLAH mencucuri rahmatnya ke atas roh arwah Kak Ma'ad Simin dan ditempatkan di syurga dengan kasih sayangNya," tulis Muhammad Reduan Duan.
"Arwah pernah bawa anak saya pergi pertandingan bercerita," ujar Koxec Messi.
"Salam takziah buat keluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," maklum Nor Azean Yayan.
Sementara itu, Facebook SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Kuching, Sarawak turut berkongsi tentang kematian Allahyarham Cikgu Ma’ad.
Difahamkan, arwah merupakan mantan guru bagi sekolah tersebut.
"Usai perhimpunan pagi, guru-guru dan murid-murid Islam berhimpun untuk bacaan Yasin sebagai memperingati pemergian mantan guru SK MJDI, Cikgu Ma'ad Binti Simin ke rahmatullah pada Ahad 11 Januari 2025 yang lalu. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin," tulis catatan itu.