Guru-guru kesayangan ramai yang 'pergi' meninggalkan kita, dari atas (kiri), Cikgu Hamdan, Cikgu Jamilah dan Mohd Faiz manakala dari bawah (kiri), Cikgu Noraini, Cikgu Nur Saliza dan Cikgu Azmi.
Guru-guru kesayangan ramai yang 'pergi' meninggalkan kita, dari atas (kiri), Cikgu Hamdan, Cikgu Jamilah dan Mohd Faiz manakala dari bawah (kiri), Cikgu Noraini, Cikgu Nur Saliza dan Cikgu Azmi.

Enam guru meninggal dunia. 'Kami rindu cikgu...rindu sangat-sangat'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
08 Jan 2025 12:27pm

Hampir setiap hari kita mendengar berita kematian dalam kalangan guru.

Perkara ini sememangnya mengundang rasa pilu dan kesedihan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga dan warga sekolah, tetapi juga kepada masyarakat serta sistem pendidikan.

Terbaharu, enam guru yang komited, dedikasi, prihatin, berwibawa, cekal dan tidak mudah putus asa sepanjang menjalankan tugas telah meninggal dunia pada tarikh berbeza.

Mereka yang dimaksudkan itu terdiri daripada:

1) Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan, Cikgu Hamdan Abdullah

2) Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Payong, Tawau, Sabah, Cikgu Jamilah Dullah

3) Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sik Bahagian Unit Sumber dan Teknologi, Mohd Faiz Awang

4) Guru SK Bandar Putra, Kulai, Johor, Cikgu Noraini Khamis

Artikel Berkaitan:

5) Guru SK Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah, Cikgu Nur Saliza Salleh

6) Guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling, Ayer Itam, Pulau Pinang, Cikgu Azmi Ahmad Nasri

Kami di Sinar Bestari mendoakan semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan jasa mereka terus dikenang.

Buat guru yang masih bertugas, kami doakan cikgu-cikgu sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan, insya-ALLAH.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp