Cikgu Rohida diarak dengan kereta kuda diiringi pengayuh basikal klasik.
Cikgu Rohida diarak dengan kereta kuda diiringi pengayuh basikal klasik.

Cikgu Rohida diarak dengan kereta kuda

ASWANY OMAR
12 Feb 2024 07:00am
A
A
A

Tarikh 4 Februari 2024 merupakan detik bersejarah buat Pengetua Sekolah Menengah Kok Lanas, Cikgu Rohida Hassan yang diarak menaiki kereta kuda diiringi pengayuh basikal tua, ala 1950-an sempena majlis persaraan beliau.

Beliau begitu teruja menerima kejutan majlis persaraan penuh meriah anjuran pihak sekolah.

Kereta kuda yang dikemudi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ismadi Ismail dihias indah dengan jambangan bunga dan melalui laluan pelajar yang beratur melambai Cikgu Rohida sebagai tanda ucapan terima kasih dan selamat tinggal.

"Ia merupakan kenangan paling manis sepanjang tempoh 33 tahun 7 bulan saya bergelar seorang guru dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar," katanya kepada Sinar Bestari.

Cikgu Rohida menerima hadiah rantai tangan daripada warga sekolah.
Cikgu Rohida menerima hadiah rantai tangan daripada warga sekolah.

Cikgu Rohida turut mendoakan semua pelajar sekolah itu berjaya dalam pelajaran mereka, terutamanya yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dan semua warga SMK Kok Lanas tetap bersemangat meneruskan misi pendidikan.

Sepanjang bergelar guru, Cikgu Rohida pernah mencurahkan khidmatnya di enam sekolah termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, SMK Ketereh, Kota Bharu dan SMA Tengku Amalin A'isyah Putri, Kota Bharu, Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, guru-guru lelaki juga sporting memberi kerjasama dengan memakai pakaian ala penduduk kampung tahun 1950-an mengiringi kereta kuda.

"Alhamdulillah, ini juga satu kejutan dan saya sendiri tidak menyangka semuanya berjalan lancar dan semua warga sekolah gembira," katanya.

Pada majlis itu, seramai 16 pengayuh basikal mengiringi kereta kuda berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok