No Image Caption

Cikgu terima hadiah istimewa, murid simpan dalam beg sekolah

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
28 Aug 2024 08:50am
A
A
A

Di saat guru-guru lain menerima hadiah pelbagai daripada anak-anak murid antaranya alatan tulis, bunga dan tudung namun lain pula ceritanya yang dikongsi oleh seorang guru di Sabah apabila telah mendapat hadiah istimewa daripada anak muridnya.

Menerusi hantaran video yang tular di TikTok oleh @SaraHasliza, memaparkan seorang murid lelaki telah menghadiahkannya sebiji durian merah yang disembunyikan di dalam beg sekolah.

Dalam video tersebut juga, murid lelaki berkenaan bertindak membuka zip beg sekolahkan dan dapat dilihat sebiji durian merah yang diselitkan bersama buku dan botol airnya.

Detik penerimaan hadiah istimewa ini telah dirakam oleh Sarahasliza sambil berkongsi rasa gembira dan terharu di atas pemberian murid ini.

Video tersebut juga telah mendapat perhatian ramai warga maya dan rata-ratanya memberi komen betapa beruntungnya guru itu mendapat durian.

Antara komen yang sempat dipetik:

“Bukan alang-alang hadiah dia tu. Limited editon.”

“Walaupun pemberian sebiji tetapi dari hati budak ini sangat besar. Budak yang baik.”

“Comel je. Moga terus berjaya ya. Rajin-rajin belajar.”

“Comelnya awak dik. Bertuah cikgu dapat durian free.”

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok