Fakta Sukan Olimpik Paris 2024
Sukan Olimpik adalah acara sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun, dengan atlet dari seluruh dunia bersaing dalam pelbagai disiplin sukan.
Terdapat dua jenis Sukan Olimpik iaitu Sukan Olimpik Musim Panas dan Sukan Olimpik Musim Sejuk, yang diadakan secara berselang-seli setiap dua tahun.
Terbaharu, kejohanan Sukan Olimpik Musim Panas 2024 yang sedang berlangsung 26 Julai hingga 11 Ogos di Paris menampilkan sejumlah 35 lokasi pertandingan dengan 14 tapak menganjurkan 24 Sukan Olimpik yang terletak dalam jarak 10 kilometer (km) dari perkampungan Olimpik.
Antara lokasinya adalah Les Yvelines, Hauts-de-Seine, Seine-et-Marne dan Seine-Saint-Denis.
Bagaimanapun, Sukan Olimpik Paris 2024 akan dilanjutkan ke beberapa kawasan lain di Perancis, dengan kejohanan bola sepak dimainkan di enam bandar lain (Bordeaux, Nantes, Lyon, Saint-Etienne, Nice dan Marseille).
Manakala sukan pelayaran pula berlangsung di Marseille dan luncur air diadakan di tapak Teahupo’o di Tahiti.
Untuk makluman guru dan pelajar, senarai atlet Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan terdiri daripada;
1) Bertrand Rhodict Lises: Terjun (Men’s 10m Platform)
2) Nur Dhabitah Sabri: Terjun (Women’s 3m Springboard)
3) Khiew Hoe Yean: Renang (Men’s 400m Freestyle)
4)Tan Ruoxin: Renang (Women’s 100m Breaststroke)
5) Nur Shazrin Mohamad Latif: Sukan Pelayaran (ILCA 6)
6) Khairulnizam Mohd Afendy: Sukan Pelayaran (ILCA 7)
7) Jonathan Wong: Menembak (10m Air Pistol)
8) Ariana Nur Dania: Memanah (Women’s Individual and Women’s Team)
9) Syaqiera Mashayikh: Memanah (Women’s Team)
10) Nurul Azreena Mohamad Fazil: Memanah (Women’s Team)
11) Nur Aisyah Mohamad Zubir: Berbasikal (Road)
12) Datuk Azizulhasni Awang: Berbasikal (Sprint and Keirin)
13) Muhammad Shah Firdaus Sahrom: Berbasikal (Sprint and Keirin)
14) Nurul Izzah Izzati Mohd Asri: Berbasikal (Sprint and Keirin)
15) Mohamad Aniq Kasdan: Angkat Berat (Men’s 61kg)
16) Aaron Chia and Soh Wooi Yik: Badminton (Men’s Doubles)
17) Pearly Tan and Thinaah Muralitharan: Badminton (Women’s Doubles)
18) Chen Tang Jie and Toh Ee Wei: Badminton (Mixed Doubles)
19) Goh Jin Wei: Badminton (Women’s Singles)
20) Lee Zii Jia: Badminton (Men’s Singles)
21) Gavin Kyle Green: Men’s Golf (Men’s Golf)
22) Ashley Lau Jen Wen: Women’s Golf (Women’s Golf)
23) Azeem Fahmi: Olahraga (Men’s 100m)