No Image Caption

Guru cadang kembalikan semula sistem pengasingan kelas, ajar ikut aras kepandaian pelajar

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
28 Jul 2023 10:55am
A
A
A

Kemelut pendidikan di negara ini bukan sahaja berkisar isu silibus subjek aras tinggi dan membebankan tetapi juga sistem kelas pelajar yang dilihat tidak tersusun mengikut tahap kepandaian masing-masing.

Baru-baru ini, seorang guru dan juga pempengaruh, Cikgu Mohd Fadli Salleh menyuarakan pendapatnya mengenai sistem pengasingan kelas patut dikembalikan semula.

Ujar beliau, pengasingan kelas mengikut aras kepandaian pelajar mempunyai kerasionalan tersendiri meskipun berkemungkinan mendatangkan kritikan.

No Image Caption

“Guru boleh ajar ikut aras kepandaian kelas seperti jika kelas pandai, boleh ajar laju, bila kelas sederhana, ajar sederhana dan kelas slow diberi pengukuhan dan pemulihan.

Artikel Berkaitan:

“Murid pandai bosan bila guru sederhanakan aras pembelajaran, murid slow masih tidak dapat ikuti pembelajaran.

“Bagi mereka tetap susah walau aras pengajaran tahap sederhana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

No Image Caption

Sistem pengasingan kelas dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2019 atas alasan tiada keperluan antara pelajar pandai dan lemah akademiknya untuk dipisahkan.

Dengan ketiadaan pengasingan itu, kedua-dua kategori pelajar berkenaan akan duduk bersama-sama dalam pencapaian akademik.

Ia bagaimanapun dilihat menimbulkan isu baharu apabila terdapat dalam kalangan mereka yang hilang semangat untuk bersaing dalam pelajaran kerana tiada beza.

Sinar Bestari mendapati orang ramai rata-rata memberi maklum balas positif mengenai isu ini antaranya;

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

Kesimpulannya diharapkan isu ini dapat diselesaikan dalam kadar segera dan pihak berwajib membuat keputusan yang tepat untuk kebaikan pendidikan anak-anak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok