Antara yang hadir dalam program Hari Keluarga PPDK4D.
Antara yang hadir dalam program Hari Keluarga PPDK4D.

Hari Keluarga PPDK4D erat silaturahim ibu bapa, guru dan kanak-kanak OKU

AHMAD ISMADI ISMAIL
30 Oct 2023 04:35pm
A
A
A

Seramai 154 orang termasuk 45 kanak-kanak kurang upaya (OKU) diraikan dalam Hari Keluarga Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti 4 Divisyen (PPDK4D), Kuala Lumpur pada Isnin.

Seorang kakitangan hospital, Hashidah Salehan, 34, berkata, anaknya Zara Zulaikha Mohd Sufian, 5, berasa teruja dapat terlibat dalam program tersebut.

"Program sebegini bagus kerana ia dapat merapatkan hubungan antara guru dan ibu bapa dengan pelatih (kanak-kanak) di PPDK4D," katanya ketika ditemui dalam program perlepasan lawatan Hari Keluarga PPDK4D ke Cameron Highland, Pahang, di sini, pada Isnin.

Hashidah berkata, anaknya merupakan OKU masalah pembelajaran terlibat dalam pelbagai program yang dilaksanakan di PPDK4D.

"Saya melihat perkembangan positif Zara Zulaikha, dia kini boleh berinteraksi dengan kanak-kanak lain di PPDK4D," katanya.

Marzuki (lapan kanan) merasmikan program lawatan Hari Keluarga PPDK4D.
Marzuki (lapan kanan) merasmikan program lawatan Hari Keluarga PPDK4D.

Sementara itu, Pengerusi PPDK4D, Leftenan Kolonel Marzuki Md Yusof berkata, pihaknya berusaha mencari dana untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan program.

"Kita ada menerima dana peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), namun ia masih tidak mencukupi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Marzuki berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan syarikat korporat seperti Koh & Son Properties Sdn Bhd dan Kainan Sdn Bhd sebagai penaja lawatan Hari Keluarga PPDK4D.

Marzuki menerangkan berkaitan program Hari Keluarga PPDK4D.
Marzuki menerangkan berkaitan program Hari Keluarga PPDK4D.

"Kami berterima kasih dengan sumbangan dua syarikat korporat itu yang sudi menjana program PPDK4D," ujarnya.

Marzuki berkata, kanak-kanak yang terlibat dalam program pemulihan, latihan serta pendidikan di PPDK4D adalah dari keluarga tentera dan orang awam.

"Antara kanak-kanak yang terlibat dalam program itu merupakan penghidap sindrom down, austime dan kanak-kanak mengalami cerebral palsy," katanya.

Marzuki (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Koh & Son Properties Sdn Bhd, Datuk Koh Sai Ka.
Marzuki (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Koh & Son Properties Sdn Bhd, Datuk Koh Sai Ka.

Beliau berkata, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah program yang diwujudkan oleh JKM.

"PPDK4D merupakan salah satu daripada dua buah PDK yang diuruskan oleh Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM).

"Tujuan PDK adalah kita mahu mendidik serta melatih anak-anak istimewa ini supaya mereka boleh berdikari, berinteraksi dan meneruskan pembelajaran di sekolah kelak," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok