Cikgu Elrine kini dilantik sebagai Guru Besar di SK Sg Rasau.
Cikgu Elrine kini dilantik sebagai Guru Besar di SK Sg Rasau.

Kenaikan pangkat 10 guru Sarawak! 'Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang' - Warga maya

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
09 Apr 2025 02:50pm

Satu pencapaian yang membanggakan di Sarawak apabila 10 guru mereka telah menerima kenaikan pangkat sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen dalam dunia pendidikan.

Kenaikan pangkat ini bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada usaha gigih para pendidik dalam mencorakkan masa depan anak bangsa, tetapi juga menjadi pemangkin semangat kepada mereka untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang berkenaan.

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dalat, Sarawak di Facebook mereka menyenaraikan barisan nama guru yang dinaikkan pangkat kerana berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerjaya masing-masing.

Mereka yang bertuah itu terdiri daripada:

1) Cikgu Andrew Linjong dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan (SK) Datu Pengiran Mohamad, Dalat, Sarawak

2) Cikgu Larry Basah - Guru Besar, SK St Luke Ng Baoh, Dalat, Sarawak

3) Cikgu Nur Rehan Jaani - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK St John Kg Medong, Dalat, Sarawak

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

4) Cikgu Nur Sherrima Baharim - Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Dalat, Sarawak

5) Cikgu Philip Apeng - Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan, PPD Dalat, Sarawak

6) Cikgu Elrine Johini - Guru Besar, SK Sg Rasau, Dalat, Sarawak

7) Cikgu Naraida Mudah - Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, PPD Dalat

No Image Caption

8) Cikgu Jessica Anak Katang - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Kampung Klid/Plajau, Dalat, Sarawak

9) Cikgu Lau Liik Siong - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Poi Yuk, Dalat

10) Cikgu Heleni Binstein Rehen - Guru Besar, SK Kampung Bakong Terus, Dalat, Sarawak

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp