Mohamad Fahmi Hafiz meninggal dunia akibat tercekik gula-gula gummy eye ball.
Mohamad Fahmi Hafiz meninggal dunia akibat tercekik gula-gula gummy eye ball.

Hantaran Facebook SK Sungai Dua undang sebak di hati warga maya. 'Tunggu mama & papa adik di syurga ya...'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Feb 2025 10:15am

Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi akibat tercekik gula-gula gummy eyeball.

Menurut perkongsian ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) telah menghembus nafas terakhir di sisi ibu bapa yang tercinta.

"Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Kampung Permatang Binjai, Jalan Pekan Darat, Penaga, Butterworth, Pulau Pinang sebaik urusan selesai.

"Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Binjai pada pukul 11 pagi ini,” ujar Siti Farhani seperti dipetik dalam portal tempatan.

Sementara itu, Sinar Bestari meninjau Facebook SK Sungai Dua dan mendapati satu hantaran ‘sedih’ telah di muat naik susulan pemergian murid berkenaan.

"Dukacita di maklumkan adik Mohamad Fahmi telah kembali ke rahmatullah. Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham. Ya ALLAH, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematian dia, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Takziah buat seluruh ahli keluarga. Kami warga SK Sungai Dua turut merasai kehilangan," maklum Facebook itu.

Gula-gula gummy eye ball.
Gula-gula gummy eye ball.

Artikel Berkaitan:

Catatan duka SK Sungai Dua terus dibanjiri titipan doa daripada orang ramai selepas dikejutkan dengan berita kematian murid Tahun Empat tersebut.

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Salam takziah untuk keluarga arwah adik Fahmi. Syurgalah tempatmu wahai anak," tulis Anna Ali.

"Anak syurga, penarik ibu ayah sekeluarga dan sahabat-sahabat baik ke syurga ALLAH SWT. Salam takziah buat keluarga arwah adik Fahmi. Semoga kuat dan tabah," ujar Suhaida Ahmad.

"Salam takziah. Tuggu mama dan papa adik di syurga ya," catat IjadSal Syaifzan.

"Salam takziah utk ahli keluarga. Moga kuat hadapi ujian ini. ALLAH sudah ambil kembali pinjaman di dunia, ALLAH jaga di tempat lebih baik, insya-ALLAH," kata Nur Azhani Amdan.

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Berehatlah puas-puas duhai anak, semoga ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman," beritahu Sue Shida.

Terdahulu, Allahyarham Mohamad Fahmi dipercayai membeli dua biji gula-gula itu di sebuah gerai sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), SK Sungai Dua Selasa lalu.

Mangsa tercekik dan mengalami kesukaran bernafas kira-kira pukul 2.30 petang pada hari yang sama.

Allahyarham sempat berjalan ke arah guru sebelum rebah secara tiba-tiba.

Kemudian, arwah di hantar ke HPP dan kondisi kesihatannya dalam keadaan kritikal pada ketika itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp