Ilmuwan terulung yang telah mengubah dunia dan meninggalkan pengaruh besar dalam Sains dan Teknologi, dari kiri (atas), Graham Bell dan Alva Edison. Dari kiri (bawah), Einstein, Galileo dan Isaac Newton.
Ilmuwan terulung yang telah mengubah dunia dan meninggalkan pengaruh besar dalam Sains dan Teknologi, dari kiri (atas), Graham Bell dan Alva Edison. Dari kiri (bawah), Einstein, Galileo dan Isaac Newton.

Lima ilmuwan bidang Sains dan Teknologi

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Jul 2024 10:57am
A
A
A

Kemajuan dunia hari ini antara lain adalah hasil usaha keras masyarakat terdahulu terutamanya mereka dalam golongan ilmuwan bergelar saintis.

Mereka (saintis) suatu ketika dahulu gigih menjalankan pelbagai kajian dan eksperimen untuk mencipta inovasi demi kebaikan serta kesejahteraan manusia sejagat.

Terdapat lima ilmuwan terulang yang telah mengubah dunia dan meninggalkan pengaruh besar dalam bidang Sains dan Teknologi.

1) Alexander Graham Bell (Scotland)

Beliau cukup sinonim dengan penciptaan alat komunikasi terpenting iaitu telefon.

Selain itu, beliau juga mempunyai ciptaan dan jasa lain yang cukup besar kepada masyarakat dunia termasuk memajukan teknologi penerbangan pada zamannya.

Tokoh ini dilahirkan di Edinburgh, Scotland pada 3 Mac 1847 sebelum meninggal dunia 2 Ogos 1922.

2) Thomas Alva Edison (Amerika Syarikat)

Artikel Berkaitan:

Merupakan antara individu yang mempunyai jasa besar kepada dunia moden pada masa kini.

Beliau tokoh sains yang membina makmal berskala industri pertama di dunia dikenali Wizard Menlo Park.

Dilahirkan pada 11 Februari 1847 di Milan, Ohio, Amerika Syarikat, sebanyak 1,093 buah reka cipta telah dipatenkan di bawah namanya sebelum meninggal dunia 18 Oktober 1931.

Daripada keseluruhan jumlah itu, 398 buah paten adalah untuk ciptaan berkaitan cahaya dan kuasa elektrik, 195 fonogram, 150 telegraf, 141 bateri dan 34 teknologi telefon.

Sekitar 1875, Alva Edison bekerja dengan syarikat Newark di New Jersey sebagai pereka cipta yang mereka cipta pelbagai peranti, mesin dan alat berkaitan mesin telegraf.

Antara mesinnya adalah carbon transmitter, alat meningkatkan kemampuan dengar telefon yang membolehkan telefon menyalurkan bunyi pada nada lebih tinggi dan jelas daripada sedia ada.

3) Albert Einstein (Jerman)

Albert Einstein menemukan minatnya dalam bidang sains terutamanya Fizik apabila dihadiahkan oleh ayahnya sebuah kompas.

Antara sumbangan terbesar Einstein kepada dunia adalah penemuan teori kerelatifan.

Melalui teori itu, beliau telah membantu merevolusikan pemahaman manusia terhadap angkasa lepas, masa, tarikan graviti dan alam semesta.

Teori itu juga menjadikan beliau antara Ahli Fizik terulung dalam sejarah dunia sehingga kini.

Dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm, Jerman, beliau pernah menetap di negara-negara lain seperti Itali dan Switzerland sebelum akhirnya berpindah ke Amerika Syarikat pada 1933 dan meninggal dunia 18 April 1955.

4) Galileo Galilei (Itali)

Merupakan ahli astronomi, falsafah dan pakar Matematik.

Jasa besar beliau kepada dunia adalah penciptaan teleskop bagi tujuan astronomi seperti mengkaji bintang dan melihat keberadaan planet.

Ilmuan ini dilahirkan pada 15 Februari 1564 di Pisa, Itali dan meninggal dunia 8 Januari 1642.

Selain penciptaan teleskop astronomi, beliau juga mempunyai sumbangan dalam dunia sains seperti menambah baik Teori Pergerakan.

5) Sir Isaac Newton (England)

Sir Isaac Newton, saintis paling berpengaruh dalam sejarah dunia.

Beliau mempunyai sumbangan yang sangat besar dalam bidang sains yang berbeza seperti Fizik, Matematik, astronomi dan Kimia.

Isaac Newton adalah individu yang bertangungjawab menemukan teori Hukum Graviti dan antara ilmuwan terawal memulakan Revolusi Saintifik.

Penemuan beliau telah membantu dan mengubah cara manusia melihat serta memahami dunia di sekeliling.

Teori dan penemuan tokoh ini juga terus kekal relevan dan diguna pakai dalam pelbagai bidang sehingga ke hari ini.

Isaac Newton dilahirkan pada 4 Januari 1643 di Woolsthorpe Manor House, United Kingdom dan meninggal dunia 31 Mac 1927.

Beliau diangkat sebagai tokoh penting dalam merevolusikan dan membawa Eropah daripada Zaman Renaisans dan Zaman Reformasi beralih kepada Zaman Pencerahan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok