Maszlee Malik respons komen warga maya, silibus sekolah rendah sukar

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
26 Jul 2023 09:28am
A
A
A



Isu silibus pendidikan di Malaysia tidak pernah berhenti dibincangkan sama ada daripada kalangan ibu bapa, guru atau juga pakar pendidikan.

Sukatan topik pelajaran kini dikatakan kritikal dan sukar untuk dihadam oleh pelajar.

Baru-baru ini, seorang individu bernama Amirul Faiz meluahkan tentang silibus pendidikan terkini sekolah rendah yang menurutnya tidak realistik dengan tahap kefahaman pelajar.

Jelasnya, topik yang dimasukkan dalam pembelajaran terutama subjek Matematik disifatkan agak terburu-buru tanpa memikirkan kemampuan seorang kanak-kanak.

“Saya beri contoh satu topik sahaja yang saya rasa tidak relevan di Malaysia iaitu wang. Singapura dan United Kingdom cuma memasukkan topik wang berkaitan operasi dalam Tahun Satu ke Tiga.

“Sedangkan di Malaysia Tahun Satu ke Enam ada diterapkan topik wang. Nampak macam hebatkan? Cumanya mulai Tahun Empat, silibus Malaysia dah mula macam sarkas. Pelaburan, pengurusan kewangan, aset dan liabiliti.

“Paling kelakar yang saya rasa patut dinobatkan Maharaja Lawak ialah 'tanggungjawab' dan mata wang asing. Matematik apa benda ni? Ini tajuk kemahiran hidup dan pengetahuan am, bukannya ilmu hisab,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Amirul menambah, setiap sistem pembelajaran perlu dimulai dengan penguasaan terhadap perkara asas sebelum membincangkan sesebuah bab yang kritikal.

No Image Caption



Ujarnya lagi, penguasaan terhadap perkara asas terlebih dahulu akan membantu mereka menelusuri ke dalam bab yang lebih mendalam.

No Image Caption



Hantaran beliau itu mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan iaitu Dr Maszlee Malik di media sosial berkenaan.

“Menarik sudut pandang Amirul Faiz ini. Mungkin agak elok juga pihak berkenaan di Kementerian Pendidikan (KPM) undang Amirul Faiz dan mereka yang seumpamanya untuk mendapatkan pandangan beliau,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok