Hilang ibu ketika duduki SPM 2023, warga maya menangis!
Sedang pelajar lain memberi sepenuh perhatian terhadap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, ada seorang calon diuji ALLAH dengan kehilangan ibu tercinta.
Calon SPM yang dikenali sebagai Aliah menangis apabila ibu disayangi meninggal dunia ketika dia menjalani peperiksan tersebut..
Memetik perkongsian mrwancaiofficial77 di laman TikTok pada Selasa, kelihatan Aliah ditenangkan rakan-rakan di sebuah masjid.
“Hilang ibu di saat menjalani peperiksaan SPM.
“Semoga adik Aliah kuat. Jadikan kematian ibumu sebagai satu semangat untuk berjaya dalam pelajaran,” tulis hantaran tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menitipkan ucapan dan kata-kata semangat buat adik ini.
zieraieda: Semoga adik Aliah kuat dan dapat menjawab peperiksaan dengan lancar dan tenang. Salam takziah.
EmeerEryna: Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah adik Aliya semoga tabah dengan ujian ini dan dipermudahkan segala urusan.
Ahmad: Kesiannya ya ALLAH. semoga dia terus kuat dalam menjawab ujian SPM.
zunaidahyusoff341: Allahuakbar salam takziah buat adik Aliah. Banyakkan sabar ya. Semoga ALLAH permudahkan Aliah hadapi SPM dengan tenang.
Kamal81: Salam takziah dik. Moga di beri kekuatan menghadapi SPM. Moga adik terus di beri kejayaan, berjaya dunia dan akhirat.
idekyasin: Semoga adik dikurniakan ilmu yang melimpah ruah semasa menjalani peperiksaan dan dikurniakan keputusan cemerlang walaupun tiada apa yang mampu menggantikan seorang ibu.
Kami di Sinar Bestari merakam ucapan takziah kepada adik Aliah sekeluarga.
Semoga roh ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisi ALLAH SWT.