No Image Caption

Pelajar Kolej Tunku Kurshiah cipta kejayaan peringkat dunia, catat skor sempurna peperiksaan IB

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
28 Jul 2023 09:09am
A
A
A

Usaha tidak mengkhianati hasil. Itulah ungkapan yang dapat diterjemahkan tentang kisah kejayaan seorang pelajar Program Diploma International Baccalaureate (IB) Kolej Tunku Kurshiah, Raz Irina Mohd Izlan baru-baru ini.

Raz Irina berjaya memperolehi skor sempurna 45/45 poin peperiksaan program berkenaan bagi sesi 2023.

Dia juga telah mencapai gred tertinggi (Gred 7) bagi enam kumpulan subjek, termasuk tiga mata penuh untuk subjek CORE (Extended Essay dan TOK).

Apa yang lebih menarik, kejayaan tersebut meletakkan pelajar sekolah berprestij tinggi di Malaysia sebagai antara kurang satu peratus calon dari seluruh dunia yang berjaya mencatat skor sempurna.

Menurut portal Kementerian Pendidikan (KPM), Raz Irina menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang MEng Chemical Engineering di Imperial College London.

“Seorang pelajar yang sentiasa komited, positif, mempamerkan kematangan diri dalam berfikir dan ampuh berdikari, Raz Irina menunjukkan konsistensi dan kecemerlangan dalam pembelajarannya.

“Tahniah dan selamat maju jaya kepada Raz Irina,” ujar kementerian berkenaan dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

INFO

Artikel Berkaitan:

1. Nama: Kolej Tunku Kurshiah

2. Tahun ditubuhkan: 1947

3. Lokasi:

a) Jalan Damansara, Kuala Lumpur (1947- 1962)

b) Bukit Merbah, Seremban, Negeri Sembilan (1962-2013)

c) Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan (2013-kini)

4. Bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah antaranya;

a) Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

b) Wanita Pertama Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Dr Nik Safiah Karim

c) Aktivis sosial, Datin Marina Mahathir

d) Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada bulan Mac 2016, Kolej Tunku Kurshiah telah diberikan pengiktirafan sebagai IB World School untuk menawarkan program pendidikan International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok