Muhammad Amirul Mustaqiem  atau Belalang mengambil keputusan berhenti sekolah kerana rasa cintanya terhadap seni muzik tradisional.
Muhammad Amirul Mustaqiem atau Belalang mengambil keputusan berhenti sekolah kerana rasa cintanya terhadap seni muzik tradisional.

Pelajaran penting, jangan tiru saya - Belalang

HAZELEN LIANA KAMARUDIN AZLEENDA SAHALUDIN
10 Feb 2024 01:28pm
A
A
A

“Pelajaran dan pendidikan itu penting untuk masa depan, jangan tiru saya.”

Itulah antara pesanan yang diberikan oleh seorang remaja berusia 17 tahun, Muhammad Amirul Mustaqiem Mohd Mazri yang sanggup membuat keputusan luar jangka apabila menamatkan pengajiannya sehingga di Tingkatan Dua sahaja.

Anak kelahiran Kampung Guchil, Kelantan itu membuat keputusan tersebut kerana rasa cintanya terhadap seni tradisional.

“Saya tahu dan akui pendidikan amat penting untuk masa depan tetapi minat untuk belajar sudah tiada.

“Ayah dan ibu sememangnya marah serta menyuruh ke sekolah tetapi saya tetap dengan keputusan yang telah dibuat.

“Bagi saya jiawa dan minat bermain alat muzik tradisional begitu tebal dalam diri,” katanya.

Walaupun tamat sekolah sehingga di Tingakatan Dua sahaja, tetapi Belalang turut mengingatkan kepada semua bahawa pelajaran itu penting.
Walaupun tamat sekolah sehingga di Tingakatan Dua sahaja, tetapi Belalang turut mengingatkan kepada semua bahawa pelajaran itu penting.



Menerima bayaran sebanyak RM400 bagi setiap 15 minit persembahan bermain alat muzik tradisional seperti serunai, gendang dan rebab, dia yang turut dikenali sebagai Belalang itu sudah selesa dengan pekerjaan tersebut.

Akuinya, dalam seminggu dia perlu membuat persembahan sebanyak lima hari dan jika cuti umum atau waktu persekolahan, jadual menjadi lagi padat dengan jemputan menbuat persembahan dari pagi hingga malam.

Artikel Berkaitan:


Anak keempat daripada tujuh beradik itu memberitahu, sejak berusia tujuh tahun lagi sudah menguasai pelbagai kemahiran bermain alat muzik tradisional yang diwarisi oleh datuk dan neneknya.

Dia yang bernaung di bawah kumpulan Suara Muda Seri Mattaq itu juga memaklumkan, Allahyarham datuknya merupakan pesilat serta pemain alat muzik tradisional yang lebih dikenali sebagai Pok Pin Paip.

“Manakala, Allahyarham nenek, Zainab Zakaria mahir bermain alat muzik serta pemain makyong.

“Daripada mereka, saya mempelajari dan mewarisi semua ini dan Alhamdulillah ia menjadi sumber pendapat saya kini,” katanya lagi.

Namun begitu, mengakhiri perbualan Belalang menegaskan, pendidikan amat penting untuk masa depanya tetapi dek rasa kurang berminat dia memilih untuk berhenti sekolah.

Justeru, dia menasihatkan agar anak-anak muda pada hari ini untuk meneruskan persekolahan sehingga tamat tingkatan lima.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok