Bagi yang berminat dengan jawatan guru ganti, boleh dapatkan maklumat lengkap di PPD masing-masing.
Bagi yang berminat dengan jawatan guru ganti, boleh dapatkan maklumat lengkap di PPD masing-masing.

Pengambilan jawatan guru ganti kini dibuka!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
25 Sep 2024 04:04pm

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di beberapa negeri menawarkan kekosongan jawatan sebagai Guru Ganti September 2024 kepada calon-calon yang berminat dalam dunia pendidikan.

Para pemohon boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan itu dengan PPD masing-masing dengan tawaran kerja adalah tetap atau kontrak dan meliputi pelbagai penempatan dalam Malaysia.

Permohonan jawatan kerja yang berakhir 10 Oktober depan boleh dilakukan secara dalam talian.

Bagaimanapun tarikh tutup itu mungkin berbeza antara satu sama lain bergantung kepada PPD yang dimohon.

No Image Caption

Di bawah ini, Sinar Bestari kongsikan beberapa cara untuk calon-calon membuat permohonan dan beberapa maklumat berkaitan:

1) Pendaftaran atau permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Myfuturejob.

2) Calon boleh mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran. Klik ‘apply’ untuk permohonan anda.

Artikel Berkaitan:

3) Log masuk selepas disahkan mempunyai akaun dan penerimaan emel daripada Linkedin.

4) Bagi langkah kemudiannya, lakukan semakan maklumat lengkap berkenaan jawatan yang disenaraikan berdasarkan beberapa syarat dan perkara lain.

5) Hantar permohonan dengan memasukkan beberapa maklumat butiran anda termasuklah butiran akademik dan dokumen sokongan.

6) Sahkan permohonan jawatan guru ganti anda.

Selepas selesai langkah-langkah di atas, para calon boleh bersedia untuk dipanggil hadir temu duga atau terus bekerja berdasarkan maklum balas oleh pihak PPD masing-masing.

No Image Caption

Sementara itu, kami turut senaraikan maklumat jawatan Guru Ganti September 2024 yang kini dibuka.

1) Guru ganti Malaysia Short - Term Employment Programme (MySTEP) - Sekolah Menengah Sains Sabah (senarai penempatan)

2) MySTEP guru ganti - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (senarai penempatan)

3) Personel MySTEP guru ganti sekolah rendah (Matematik) - PPD Tumpat (senarai penempatan)

4) Personel MySTEP guru ganti sekolah menengah (Pendidikan Islam) (Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - PPD Tumpat (senarai penempatan)

5) Guru ganti MySTEP - PPD Seberang Perai Selatan (senarai penempatan)

6) Personel MySTEP guru ganti sekolah menengah (Matematik) (SPM) - PPD Tumpat (senarai penempatan)

7) MySTEP guru ganti di SMK Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (senarai penempatan)

No Image Caption

8) MySTEP guru ganti di Sekolah Kebangsaan (SK) Layang - Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (senarai penempatan)

9) MySTEP guru ganti di SK Sungai Lada, Wilayah Persekutuan Labuan - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (senarai penempatan)

10) Guru ganti pra sekolah - PPD Kota Bharu (senarai penempatan)

11) Guru ganti (Perniagaan) di SMK Chung Hua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan - PPD Kuala Pilah (senarai penempatan)

12) Personal MySTEP guru ganti - Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (senarai penempatan)

13) Guru ganti MySTEP Bahasa Inggeris - Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang (senarai penempatan)

14) MySTEP guru ganti sekolah menengah - PPD Lahad Datu (senarai penempatan)

15) Guru ganti - PPD Kuala Nerus (senarai penempatan)

16) Personal MySTEP guru ganti - PPD Kuala Terengganu (senarai penempatan)

17) MySTEP guru ganti rendah dan menengah daerah Jerantut - PPD Jerantut (senarai penempatan)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp