Tarikh tutup permohonan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 adalah pada 7 Februari 2025 (Jumaat).
Tarikh tutup permohonan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 adalah pada 7 Februari 2025 (Jumaat).

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 kini dibuka! Graduan Pendidikan layak mohon

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
27 Jan 2025 03:51pm

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan Kontrak (Interim) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terdapat beberapa syarat lantikan PPP Gred DG9 lantikan Kontrak yang diperlukan iaitu:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan

c) Memiliki kelayakan seperti berikut:

d) Bagi opsyen Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Calon-calon bagi opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian CEFR akan dilantik secara Contract of Service (COS).

e) Bagi opsyen mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC) (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.

No Image Caption

f) Bagi opsyen mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaaan Tamil (SJKT) (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM

g) Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut.

h) Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak untuk dipertimbangkan.

Graduan yang tidak layak memohon

1) Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:

  • Graduan Bukan Pendidikan
  • Graduan Pendidikan Tajaan KPM
  • Guru Interim
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP)
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam
  • Seorang bankrap

No Image Caption

Cara mengemukakan permohonan

1) Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 7 Februari 2025 (Jumaat).

2) Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

3) Hanya Graduan Pendidikan yang memohon atau mengemas kini permohonan dalam tempoh 24 Januari 2025 hingga 7 Februari 2025 akan dipertimbang untuk ditemu duga.

4) Graduan Pendidikan TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 8 Februari 2025 hingga 7 Mac 2025.

Pengiktirafan kelayakan

1) Graduan perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temu duga. Ini bertujuan bagi pengesahan penarafan bidang pendidikan.

2) Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan berikut:

https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan; atau https://www2.mqa.gov.my/mqr/

Tarikh tutup permohonan adalah 7 Februari 2025 iaitu pada Jumaat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp