ILUSTRASI peperangan dalam sejarah Islam
ILUSTRASI peperangan dalam sejarah Islam

Rabiul Akhir dalam sirah Islam sebagai rujukan guru dan pelajar

MUHD AZMAN MOHD NAWI
20 Oct 2023 03:14pm
A
A
A

Hari ini 5 Rabiul Akhir 1445 Hijrah. Rabiul Akhir atau Rabiu Thani ialah bulan keempat dalam takwim Hijrah.

Rabiul Akhir menyusuli bulan Rabiul Awwal (musim bunga pertama). Ia membawa maksud bulan kedua musim bunga, atau bulan mekarnya bunga di penghujung musim.

Namanya diangkat sedemikian bersempena musim bunga di Semenanjung Tanah Arab pada bulan tersebut.

Bulan perang

Sejarah Islam merekodkan banyak peristiwa penting yang telah berlaku pada Rabiul Akhir, antaranya:

1) Surah Al-Hasyr diturunkanSurah al-Hasyr adalah surah ke 59 dalam kitab suci al-Quran dan mengandungi 24 ayat. Surah yang bererti 'pengusiran' ini diturunkan di Madinah atau setelah hijraturrasul.

Surah tersebut menerangkan tentang pengusiran terhadap kaum Yahudi Bani Nadhir yang berlaku pada tahun ke 4 Hijrah. Keputusan itu dibuat kerana Bani Nadhir cuba membunuh Rasulullah dan melakukan penipuan dalam aktiviti ekonomi.

Artikel Berkaitan:

2)Perang Buhran

Peperangan Buhran berlaku pada Rabiul Akhir tahun ke 3 Hijrah (624 M). Ia dipimpin oleh Nabi Muhammad sendiri di Buhran, sebuah wilayah yang terletak di antara Madinah dan Makkah.

Seramai 300 tentera turut berjuang bersama Baginda. Perang ini juga disebut Ghazwah al-Fur dan Ghazwah Bani Sulaim. Dikhabarkan bahawa Baginda Rasulullah meninggalkan Madinah selama 10 atau 11 hari untuk memimpin peperangan ini.


WADI al-Ghamar yang indah pernah dirakam dalam sirah Rasulullah
WADI al-Ghamar yang indah pernah dirakam dalam sirah Rasulullah

3) Perang Ghamar Rasulullah mengutuskan Ukkasyah dalam sebuah ekspedisi ke wilayah Ghamar, sebuah sumber air milik Bani Asad pada pada Rabiul Akhir tahun ke 6 Hijrah. Ukkasyah berangkat membawa 40 pasukan Muslimin. Setibanya di Ghamar, para penduduknya telah melarikan diri.

4) Penaklukan Bani SulaimZaid bin Harithah diutuskan oleh Rasulullah untuk memimpin tentera Muslimin menakluk kabilah Bani Sulaim dan ekspedisi ini berlangsung pada Rabiul Akhir tahun ke 6 Hijrah.

Jumum adalah sumber air milik Bani Sulaim yang terletak di Mar Zhahran. Rasulullah pernah singgah di Jumum sewaktu penaklukan Kota Makkah pada tahun ke 8 Hijrah bersama 10,000 umat Islam. Di sini juga Abu Sufyan bin Harb meluahkan hasrat hatinya untuk memeluk Islam.

5) Khalid al Walid diutus kepada Bani Al-Harith Khalid selaku jeneral perang Muslimin diutus oleh Rasulullah kepada Bani al-Harith ibn Ka'b bagi menyempurnakan misi penaklukan.

Bani Harits merupakan suku Quraisy yang menetap di pinggir Kota Makkah.

Rasulullah memerintahkan Khalid menyampaikan mesej Islam terlebih dulu selama tiga hari sebelum memerangi mereka. Berkat perjuangan itu, mereka akhirnya memeluk Islam. Peristiwa itu terjadi pada Rabiul Akhir tahun ke 10 Hijrah.

6) Pengepungan Damsyik

Pengepungan Kota Damsyik atau Syam berlangsung selama 70 malam. Ia diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid pada tahun ke14 Hijrah (635 Masihi) sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang akhirnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

7) Kewafatan Abu Bakar Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA wafat pada pada tahun 634 Masihi selepas dua tahun menjadi khalifah. Berikutan itu Saidina Umar Al-Khattab RA telah di bai'ah menjadi Khalifah yang kedua sebagaimana diwasiatkan oleh Abu Bakar sebelum kewafatannya.

8) Perang Jamal

Bulan Rabiul Akhir turut menyaksikan sebuah peristiwa kelam yang dikenal dengan nama Perang Jamal, iaitu peperangan yang melibatkan pasukan Sayidatina Aisyah RA (isteri Rasulullah) melawan pasukan Khalifah Ali bin Abi Talib (sepupu dan menantu Nabi)

Perang saudara ini terjadi kerana banyaknya provokasi melanda dua personaliti ulung itu dan ia berlangsung di Basrah, Iraq pada tahun 656M.

Dinamakan Perang Jamal kerana sepanjang pertempuran Aisyah menunggang unta yang dalam bahasa Arab disebut ‘Jamal’.

Artikel ini diterjemahkan secara bebas daripada: kalam.sindonews. dan liputan6.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok