Tidak seharusnya seorang murid bercakap biadap kepada guru mereka. Gambar hiasan
Tidak seharusnya seorang murid bercakap biadap kepada guru mereka. Gambar hiasan

'Sebab boleh cikgu' - Guru sebak, geram, marah bila dengar jawapan murid!

18 Jul 2024 04:03pm
A
A
A

Marah, sedih, kecewa dan pelbagai lagi perasaan pastinya dirasai guru apabila salah seorang muridnya memberi jawapan yang dilihat 'biadap’ apabila gurunya memberi arahan.

Pengalaman itu diceritakan sendiri seorang cikgu dikenali Iffat Salleh menerusi akaun Facebook peribadi pada Rabu.

Beliau berkata, jawapan murid Tahun Empat tersebut cukup membuatnya marah dan sangat kecewa dengan sikapnya.

“Saya masuk ke kelas Tahun Empat dan meminta mereka (murid-murid) keluarkan buku teks dan buku tulis.

“Semua bergegas keluarkan buku kecuali seorang murid (Dani). Saya malas nak tanya dan mengambil pendekatan biar dulu.

“Ketika mahu memulakan sesi pembelajaran, saya terpandang Dani yang masih bermain pen tanpa sebarang buku di atas meja,” tulisnya di Facebook.

Menyedari muridnya berkelakuan sedemikian, guru itu mula menyoal.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

“Dani, mana buku kamu?

"Saya tak bawa buku Bahasa Melayu (BM) cikgu.

"Aik, BM ada setiap hari. Sebab apa tak bawa?

"Sebab boleh cikgu.”

Guru itu sudah ‘hangin’. Ditanyanya lagi kepada Dani tentang buku BM.

"Lepas tu?” tanya guru itu lagi.

Dibalasnya pendek.

“Lepas tu, three cikgu.”

Tulis cikgu tersebut, dia cukup terkejut dengan jawapan diberikan muridnya.

“Ya ALLAH, aku dah ‘hangin’ teruk masa ni.

“Aku rasa nak rotan, aku rasa nak marah, aku rasa nak denda, tapi apakan daya...,” keluhnya.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Mendengar jawapan diberikan, beliau (guru) memalingkan muka dan melihat ke arah lain serta terus mengajar murid-murid yang bersemangat untuk belajar.

Sementara itu, cikgu berkenaan melahirkan rasa kasihan dengan generasi sekarang.

“Sudah salah, tidak boleh ditegur. Sudah terpesong, tidak boleh dimarah. Sudah rosak, tidak boleh dibetulkan.

“Saya masih ingat, masa mula-mula menjadi cikgu, saya sering ‘marah’ bila ada cikgu kata ‘lantak kamulah, gaji cikgu masuk juga walaupun kamu tak nak belajar.

“Akhirnya, saya sudah faham, kenapa ayat itu keluar dari mulut guru-guru tersebut,” catatnya di penghujung hantaran Facebook berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok